01:00

Tepung pelita


Bismillahirrahmanirrahim

Kuih wajib beli kalau pergi pasar malam. My old time favourite!..=) Pertama kali mencuba dan Alhamdulillah menjadi. Senang sangat nak buat, kalau ada daun pandan, dah lama saya buat box kecil tu dan letak dalam daun pandan supaya lebih rasa..^_^..since bekas kecil-kecil pun saya tak ada, jadi saya letak dalam casserole besar. Hihi.

Bahan-Bahan:

Lapis Atas

1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan(dari 1 biji kelapa)
1/2 sudu besar garam

Lapisan bawah

1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan jus pandan(saya kisar 2 helai daun pandan dengan air dan tapis)
1/2 cawan castor sugar
sedikit pewarna hijau-ikut suka

-sediakan lapisan bawah dahulu. Kacau semua bahan sampai pekat. Untuk elak berketul, tapis bahan sebelum letak atas api.
-sprinkle sedikit gula castor atas loyang/bekas
-curah lapis bawah atas gula yang telah di'sprinkle' tadi. ratakan
-Kacau semua bahan lapis atas sampai pekat, letak atas lapis bawah tadi. Biarkan sejuk dan boleh dimakan!..=)

*tak perlu kukus..=)

Selamat mencuba!

00:47

Nasi daging


Sepatutnya warna nasi sedikit hitam lepas dibiarkan kering dan sejuk, tapi sebab ada orang tu tak sabar dah nak makan, warna tak sempat bertukar hitam..=).nampak macam nasi tomato la pulak..

Bismillahirrahmanirrahim

Nasi daging ni dah lama saya cuba nak buat. Tak pernah makan pun sebelum ini, so tak pasti rasa dia sepatutnya begitu atau begini. Asalkan org yang tolong makan bertambah,kira ok lah tu kut. Dalam peti ada baki daging sedikit, kalau nak buat lauk rasa macam sikit sangat, so saya jadikan rencah dalam nasi daging ini.

Bahan-bahannya:

A-sup daging
daging-ikut byk mana suka
1/4 biji bawang besar
2 ulas bwang putih
1 inci halia
sup bunjut
3 sudu rempah sup
1 sudu rempah kurma
1 biji ketang-kecil dipotong dadu
1 biji tomato
1 helai daun pandan disimpul
air secukupnya
garam

-tumis bawang sampai naik bau,masukkan air dan daging. Tambahkan sup bunjut, renih sampai daging empuk.
-Bila dah empuk, masukkan ketang dan tomato,daun pandan dan rempah sup+kurma tadi. Gaul sebati sampai kentang sedikit empuk.
-tambah garam secukup rasa

B-nasi daging
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rebusan daging (from bahan A)
1/4 biji bawang besar-dihiris nipis
3 sudu tomato paste
1/2 cawan susu cair
minyak masak/minyak sapi untuk menumis

-tumis bawang sampai naik bau. masukkan beras yang dah dibasuh dan ditoskan, gaul kering sebentar. Masukkan 3 cawan air daging,tomato paste,susu cair dan segala isi dalam air rebusan daging tadi(kentang,tomato,pandan,bawang2)
-masak nasi macam biasa.

Hidangkan bersama pajeri nenas dan ayam masak madu. Mengancam!..^_^

00:38

Bubur Nasi

Bismillahirrahmanirrahim

Bubur ini dibuat kerana saya dan hubby demam beberapa hari lepas. Dua hari tak makan proper, hanya makan pisang dan jus buah dan kadang-kadang hubby tolong buat megi goreng..Terasa nikmat sihat lepas sakit. Selera makan kembali bertandang, cuma tak mampu nak masak sangat. Jadi saya buat simple sahaja bubur nasi dengan sup daging ini.

Bahan untuk bubur nasi:

1 cawan beras
4 cawan air
1 kiub pati ayam
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

-hiris nipis semua bawang
-renih sampai beras masak dan masukkan kiub pati ayam dan bawang yang dah dihiris tadi
-kalau suka, nak letak sayuran apa-apa pun boleh. =)

Bahan-bahan untuk sup daging

400gm daging potong kiub
2 inci halia-dihiris
1 sup bunjut adabi
2 sudu rempah sup-bancuh sedikit dalam air
garam secukupnya
air

-tumis halia, masukkan air,daging dan sup bunjut. Renih sampai daging empuk
-masukkan rempah sup dan garam.

Bubur ini sedap dimakan dengan sambal kicap dan ikan kering!..=)

00:23

Sponge CheeseCake

Bismillahirrahmanirrahim.

This is my first ever trial untuk cheese cake selepas mendapat ilham dari Japanese Cotton Soft Cheese Cake. Rasa dia lebih kurang sama macam cheese cake yang dibeli di pasaraya which is less cheesy dan lemak but still fattening!..hehe..

Saya cuba ni pun sebab cream cheese kat dalam peti dah tinggal sikit dan saje nak habiskan.

Steps agak melecehkan but hasilnya InsyaAllah menawan.

Bahan-Bahan:

A
60gm cream cheese-kalau nak lebih lagi pun boleh,lagi cheesy
25gm butter
50ml fresh milk

B
3 biji kuning telur
1/4 biji lemon diambil jusnya

C
30gm tepung gandum
10gm tepung jagung

D
3 biji putih telur
70gm icing sugar/castorsugar
1/4 biji lemon ambil jusnya
100ml whipping cream

Crust:
-50gm butter
-6 keping digestive biscuits dihancurkan

Cara-cara:

-Boil bahan A dengan menggunakan teknik double boiler sampai semua bahan cair dan sebati dan sejukkan
-Gaul sebati bahan B,ketepikan
-Ayak bahan C,masukkan dalam adunan bahan A,gaul sebati dan kemudian masukkan bahan B pula, gaul sebati lagi. Ketepikan seketika
-Pukul putih telur sampai bertanduk,masukkan gula dan jus lemon, pukul lagi sampai jadi cotton soft,masukkan whipping cream, pukul lagi sampai sebati.
-Masukkan campuran bahan A,B dan C tadi dalam bahan D. Gaul dengan kaedah kaup-balik sampai sebati.
-Letak atas loyang yang telah di alas dengan biskut crust before hand(cara nak buat sama macam blueberry cheesecake sebelum ini)
-Bakar dengan menggunakan kaedah 'water bath' pada suhu 150 degree celcius selama 40 minit.

Tunggu sejuk baru boleh potong!..=)

Selamat mencuba~

01:23

Nasi goreng belacan


Bismillahirrahmanirrahim

Semalam teringin nak makan nasi goreng belacan ni. Maka excitedla saya memasak nasi khas untuk buat nasi goreng. hihi.

Bahan-bahan:(3 org makan)

2 mangkuk nasi

kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 ibu jari belacan
5 biji cili kering-kalau nak pedas tambah lagi
1 sudu udang kering

1 biji telur dipukul sedikit untuk rencah
3 sudu ikan bilis-digoreng terlebih dahulu
1 sudu kicap manis
garam dan gula secukup rasa

-tumis bahan kisar sampai kering, masukkan telur dan goreng sampai masak
-tambahkan garam dan gula serta kicap secukup rasa
-masukkan nasi dan gaul sebati.
-akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Gaul selepas api ditutup
-hidangkan panas-panas dengan telur goreng dan timun!=)

Selamat mencuba..^_^

01:14

Caramel sponge cake


Bismillah.

Ini saja suka-suka buat jenis macam ini. Sekali hubby makan, dia ambil yang atas je, yang bawah tu dia kata kacau rasa caramel. Aiseh. Hehe. =)

Anyway, caramel pudding agak senang nak buat sebenarnya.

Bahan-bahan untuk gula hangus:

120gm gula castor
2 sudu air kacau bersama gula
4 sudu air masukkan selepas gula pekat dan bertukar perang(sebelum masukkan, pastikan api dah tutup)

-terus tuang dalam loyang lepas kacau,jangan tunggu pudding siap

Bahan-bahan untuk pudding:

4 biji telur
70gm gula
500ml susu
esen vanilla

-kacau sebati je semua,tuang atas caramel dalam loyang

Bahan-bahan untuk sponge cake

2 biji telur(kuning dan putih asingkan)
60gm icing sugar
70gm tepung
20gm butter-cairkan siap2
sedikit pewarna hijau-optional

-pukul putih telur dengan separuh gula sampai kembang,ketepikan
-pukul kuning telur dengan separuh lagi gula sampai kembang juga, masukkan dalam putih telur tadi. Gaul sebati.
-Tambahkan tepung,gaul sebati, masukkan butter dan kacau lagi. Mesti sehala sahaja adunan digaul. Gaul secara kaup balik. Masukkan pewarna hijau dan gaul sebati.
-letak atas pudding, adunan kek ini akan timbul

-Bakar dalam water bath dan ditutup dengan aluminium foil selama 40 minit pada suhu 150 degree celcius.

Bila adunan dah sejuk bari terbalikkan. Nak makan sejuk-sejuk pun sedap..

Selamat mencuba!..=)

01:05

Nasi Ayam


Bismillah.

Dah lama saya tak masak nasi ayam untuk hubby. Nasi ayam ini simple sahaja. =)

Bahan-bahan untuk nasi(4-5 org makan)

2 1/2 cawan beras
3 cawan air stok ayam(rebus ayam dan guna airnya, dah ditambah garam)
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai-diketuk
1 helai daun pandan-disimpul

Bahan untuk ayam kicap:

Ayam yang telah direbus di keluarkan dan ditoskan
1/2 cawan kicap pekat manis
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu gula perang

-goreng ayam sekejap sahaja sekadar untuk mendapatkan warna hitam melekat pada ayam

Bahan untuk sambal nasi ayam:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu cili boh
2 sudu sos tomato
air,garam dan gula secukupnya

-kisar bawang,tumis sampai kering dan naik bau, masukkan cili boh, tumis lagi, tambahkan sos tomato.
-masukkan air, garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sup ayam:

ayam
air
bawang besar
bawang putih
halia
rempah 4 beradik

-tumis bawang dan rempah 4 beradik sampai naik bau. Kalau suka, nak letak sup bunjut pun ok. tak ada pun xpe.
-Rebus ayam sampai masak, separuh air ayam guna untuk masak nasi, bakinya untuk kuah nasi.

Hidangkan dengan timun dan tomato.

Selamat mencuba!...=)

00:54

Rendang Daging

Abaikan minyak tu..hihi

Bismillah.

Hehe,rendang ini terlewat masak. tiga hari selepas raya haji, baru saya dapat masak rendang ini memandangkan sepanjang raya haji tu, jadual saya penuh dengan bermacam-macam aktiviti. Kesian hubby dapat makan rendang lewat. Since kami dapat daging korban, saya tak terfikir nak masak benda lain melainkan rendang daging untuk hubby makan dengan lemang instant. =)

Buat rendang ini kalau sedikit, tak leceh, cuma tempoh memasak agak lama. Kalau buat banyak memang memenatkan. huhu

Bahan-bahannya:

2 kg daging lembu-saya campur daging korban dan tak korban

kisar halus:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 batang cili kering
1 sudu besar serbuk kunyit
1 batang serai dihiris nipis
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

3 sudu rempah kurma-bancuh dalam sedikit air

4 sudu kerisik
400 ml santan pekat

daun limau purut
daun kunyit

2 cawan air

gula perang dan garam secukup rasa

-tumis bahan kisar sampai naik bau dan agak kering. Masukkan rempah kurma,gaul sebati
-Tambahkan daging dan 3 cawan air. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit yang dah dihiris nipis,biarkan sampai kuah pekat dan daging empuk. Kalau daging tak empuk lagi, tambahkan sedikit air dan biar kembali pekat/kering
-Sebelum kuah betul-betul pekat, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa
-Gaul sampai kering(saya ambil masa lebih kurang 3-4 jam)

Hidangkan dengan ketupat/nasi impit/lemang..=)..nak makan dgn nasi putih pun ok..^_^

00:43

Mee Kari



Bismillahirrahmanirrahim

Agak lama blog ini tidak berupdate. Sibuk sejak raya sampailah menghabiskan cuti hubby dengan berjalan di Aqabah dan Laut Mati. Alhamdulillah. Seronok menghabiskan masa berkualiti bersama.

Resipi ini saya cuba pada malam hari raya Aidil Adha. hehe. Alhamdulillah menjadi. Saya sebenarnya menghadapi masalah untuk memasak kari yang sedap ikut selera hubby, tapi bila saya buat mee kari ini, hubby makan 3 pinggan, kira lulus lah tu kan?

Bahan-bahannya(untuk hidangan 5-6 orang)

kisar halus;
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar

1/2 biji bawang besar hiris nipis
3 sudu daun kari
rempah 4 beradik-bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga

2 sudu cili boh-kalau nak pedas, tambah lagi sikit
4 sudu rempah kari-dibancuh dalam sedikit air
1 keping asam keping
100 ml santan pekat

kobis,karot,kentang ikut suka

air (Dalam 5/6 cawan) dan garam secukup rasa

-tumis rempah 4 beradik, daun kari dengan bawang yg telah dihiris hingga naik bau
-masukkan bahan yang telah dikisar halus, tumis sampai kering
-masukkan rempah kari, kacau sampai sebati dan kering
-masukkan sayuran dan air,renih sampai empuk
-tambahkan garam secukup rasa
-akhir sekali masukkan santan sejurus sebelum api ditutup. Kacau sebati.
-hidangkan panas-panas dengan telur rebus, timun dan bawang goreng kalau ada..=)

selamat mencuba!..=)

08:51

Kuih Keria


Bismillah.

Inilah dia, hasil lagi untuk melangsaikan keledek di dapur. Hehe. Buat kueh keria pulak. Pertama kali cuba. Alhamdulillah menjadi. Sebenarnya adunan dialebih kurang macam nak buat kulit cucur badak.

Gambar kat atas tu banyak sebab ada tamu nak datang, jadi saya habiskan semua keledek buat kuih keria.

Bahan-bahan(untuk 40 keping kecil):

850gm keledek
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi

1 cawan gula
1/3 cawan air

-rebus keledek sampai empuk. lecekkan dan sejukkan
-gaul dengan tepung gandum dan tepung ubi sampai sebati
-bentukkan bulat kecil, tekan tengah dan bentukkan macam donut
-goreng sampai perang

Untuk gaulan gula

-masak gula dan air sampai berbuih.
-masukkan keria yang dah digoreng,gaul sampai gula pekat dan kering
-tutup api dan angkat

siap!..mudah je buat keria..=)

08:20

Lasagne turun-temurun

Bismillah

Dah lama sangat-sangat tak buat lasagne. Alasan sebab bahan-bahannya agak mahal. Lagi mahal dari cheesecake. Patutla lasagne tak ada jual di warung-warung atau pasar malam. Hu Hu.

Resipi ini turun-temurun dari umi. Umi memang sangat rajin buat lasagne di rumah. Since lasagne ni nampak macam complicated, saya tunjukkan step by step macam mana nak buat supaya slices nampak cantik berlapis. Gambar di atas tak cukup sejuk hubby dah suruh ambil nak makan, sebab tu dia macam berair sikit. =)

Sos putih:

150gm butter
5 sudu tepung gandum
200ml susu cair
2 cawan air

-cairkan butter,masukkan tepung,gaul sebati,tambah susu cair,gaul sebati lagi, tambah air dan kacau sampai likat.

Inti daging:

400gm daging kisar-minced meat
3 biji bawang besar-dipotong dadu
3 biji tomato-dipotong dadu
chopped mushroom-optional
5 sudu sos pasta
3 sudu tomato puree/tomato paste
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu oregano
garam dan gula

-tumis bawang sampai garing, masukkan daging,goreng sampai masak. Masukkan tomato dan mushroom.
-tambah sos pasta dan tomato puree,gaul sebati. Masukkan serbuk lada hitam,lada putih dan oregano.
-sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
-pastikan tidak terlalu cair dan berminyak


Step untuk melapiskan lasagne

1. Lapisan paling bawah letak kuah daging, sos putih dan cheese. Tutup dengan lasagne dan lapiskan berulang-ulang sampai semua bahan habis.


2. Lapisan paling atas pastikan adalah sos putih. Letak sedikit kuah daging untuk hiasan.

3. Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 25 minit sampai keperangan.

4. Keluarkan dan taburkan cheese. Bakar lagi selama 5 minit

6. Hasil yang terlebih masa bakar. He he he..

Petua: Biarkan sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam. Baru dapat potongan cantik nampak lapisan lasagne itu.

Selamat mencuba!..=)

08:06

Creamy Chicken Soup



Bismillah.

Kelmarin saya ada beli croissant. Jadi untuk selarikan selera, saya terfikir untuk buat creamy chicken soup. Resipi ini saya agak-agak je. Since umi pernah cakap dulu cara buat creamy mushroom soup. Cuma saya tak pernah lah cuba nak buat sampailah ke kelmarin.

Bahan-bahan(untuk 10 org makan):

2 keping dada ayam-dipotong dadu kecil
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang carrot-dipotng dadu kecil
1 biji ketang-dipotong dadu kecil
1/2 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan mushroom dalam tin-dihiris nipis
1 kiub pati ayam
4 cawan tepung gandum-bancuh dalam air
1/2 cawan susu cair
1 sudu serbuk lada putih
1 sudu oregano-optional
air secukupnya

-tumis bawang sampai garing. Masukkan ayam dan goreng sampai masak.
-tambahkan air dan masukkan sayuran. Renih sampai empuk. Masukkan kiub pati ayam, kacau sebati.
-bila sayuran dah empuk, masukkan bancuhan tepung dan susu cair. Kacau sampai pekat. Masukkan serbuk lada putih dan oregano.
-sesuaikan rasa dengan sedikit garam.

Rasanya macam mushroom soup di pizza hut. Jadi tak perlu pergi pizza hut nak makan soup atau beli yang diawet dalam tin!..hihi..

Selamat mencuba..=)

07:52

Cucur pisang


Bismillah..

Ha, inilah hasilnya kepada lebihan pisang yang hubby beli banyak-banyak tu. Masa buat ni, memang pisang dah lebam-lebam dan tak layak untuk digoreng. Hihi. Mula-mula ingatkan tak mahu masuk dalam blog sebab macam simple sangat buat cucur pisang. Tapi hubby suruh. Anyway, ada petua untuk pastikan cucur kita bulat cantik tanpa menggerutu.

Perap pisang yang telah dilecek dengan gula perang dan gula biasa selama lebih kuran 2-3 jam. Cuma biarkan dalam bekas bertutup. Lepas tu baru masukkan campuran lain.

Bahan-bahan untuk cucur pisang ini saya agak-agak je.

pisang yang dah masak
tepung gandum
sedikit soda bikarbonat-selalunya dalam 1/2 ke 1 sudu teh sahaja
1 biji telur
gula perang
gula putih

-tambah tepung sehingga adunan boleh dibentuk dengan jari untuk menggoreng. tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.

Hubby suka makan dengan cili kicap. Tu yang saya buatkan dia cili kicap. Beza cili kicap untuk makan dengan pisang goreng atau keledek goreng adalah gula tu tambah lebih sikit supaya rasa manis tu timbul. Kalau untuk makan dengan bihun sup atau soto, tak perlu tambah gula.

Selamat mecuba!..=)

07:39

Cucur Badak

Bismillah..

Beberapa hari lepas juga hubby balik rumah dari kelas bawak dua plastik penuh dengan keledek dan pisang. Katanya nak makan keledek dan pisang goreng. Tapi belinya sampai 2kg setiap satu jenis!.Kenalah fikir cara lain untuk menghabiskan stok pisang dan keledek kat rumah. Takkan hari-hari nak goreng. Pisang dahla tak boleh tahan lama. Jadi saya buat kuih ini, cucur badak menggunakan keledek..=)

Inti kelapa pedas:

Saya kurang suka kalau terlampau pedas, sebab tu warna dia malap-malap je. He He

Bahan-bahan untuk inti(boleh digunakan untuk dua kali adunan doh):

2 1/2 cawan kelapa parut/kelapa kering
1 batang serai
2 sudu besar udang kering
3 angkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 keping asam keping(kecil sahaja)
garam dan gula

-rendam udang kering sampai kembang
-kisar bawang,cili kering,serai dan udang sampai betul-betul hancur
-tumis bahan kisar sampai kering bersama asam keping,sesuaikan rasa dengan garam dan gula
-masukkan kelapa parut/kelapa kering dan gaul sebati.



Ini pula doh untuk kuih cucur badak. Doh ini memang akan lembik, tak perlu risau untuk tambah tepung. Memang akan melekat di tangan sedikit.

Bahan-bahannya(untuk 30 ketul)

750gm keledek
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi

-rebus keledek sampai empuk,toskan dan lecek sampai hancur semasa masih panas. Biarkan sejuk seketika
-tambahkan tepung ubi dan tepung gandum, gaul sebati.
-bentukkan bulat-bulat dan letak inti kelapa di dalam seperti dibawah;



Goreng sampai warna perang. Sangat kenyal dan lembut..=)

07:28

Roti Canai

Bismillahirrahmanirrahim

Beberapa hari blogspot tak boleh nak buka. Kenapa entah. Banyak resipi tergendala untuk diupload. Minggu lepas terasa nak buat roti canai. Sebelum ni pernah mencuba tapi agak keras dan tak kenyal. Jadi kali ini saya cari resipi yang betul-betul meyakinkan. Hasilnya Alhamdulillah, sedap dan kenyal. Teringat Malaysia..=)

Buat roti canai sendiri tak susah. Sangat mudah. Cuma perlu rajin ke dapur sahaja..^_^

Bahan-bahan untuk lebih kurang 12 keping roti canai:

3 cawan tepung
2 sudu besar susu pekat
50gm butter/2 sudu besar
secubit garam
1 cawan air

butter/margerin untuk perap

-cairkan butter,masukkan dalam tepung dan gaul menjadi umpama serbuk roti. Masukkan susu pekat dan garam. Gaul sebati lagi.
-Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil adunan diuli sampai tidak meleka di tangan dan licin.
-rehatkan doh selama 1/2 jam. Bentukkan bulat-bulat kecil dan balut dengan butter setiap ketul supaya tidak melekat antara satu sama lain. Perap sekurang-kurangnya 3 jam unuk pastikan doh kenyal. Tutup dengan kain basah.
-Untuk mencanai, saya gunakan belakang dulang yang agak besar dan tarik-tarik sehingga nipis dan lipat menjadi bentuk empat segi. Kalau perapan mencukupi, doh memang takkan terkoyak bila ditarik.
-Goreng dan makan panas-panas. Hidangkan bersama kari atau sambal ikan bilis. Mengancam!..=)

Selamat mencuba..

10:58

Ribs Kambing Bakar


Bismillahirrahmanirrahim

Ini pula lunch hubby hari ini. Saya memang tak minat kambing. Hubby yg teringin sangat nak makan ribs bila ternampak ribs kat C-Town. Padah ternampak, kalau tak nampak tak teringin. Hihi. Entahla. Jadi saya pun bakarkan ribs kambing ini untuk hubby. Alhamdulillah, hubby kata sedap sampai dia makan 4 ketul ribs besar tu dia sahaja. =)

Bahan-bahan perap:


1 kg ribs atau 8 ketul ribs
3/4 cawan gula perang-kalau tak suka rasa manis, boleh kurgkan
1 sudu serbuk lada hitam
2 1/2 sudu serbuk kari ayam
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu ketumbar
1/2 sudu oregano-optional
6 sudu kicap
2 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air

-kisar bawang2 dan jintan2 sampai halus dengan 1/2 cawan air
-gaul bahan kisar dan semua baki bahan tadi bersama ribs sampai sebati.
-Perap dalam 2-3 jam. Lagi lama lagi sedap,macam biasa
-Air dari ribs akan keluar, jadi jangan risau kalau bahan perap jadi cair.
-Masak atas dapur sampai kuah pekat dan ribs separa masak.
-Ambil ribs sahaja, bakar dalam oven pada suhu 160 degree celcius selama 30 minit
-Kuah tadi ditapis supaya nampak cantik,jadi gravy
-makan panas-panas!

Dijamin menjilat jari..^_^

10:49

Muffin Pandan dan Kelapa



Bismillahirrahmanirrahim.

Saya suka bau pandan dan kelapa!..memang melayu jati kut..hihi. Semalam punyalah fikir nak buat apa untuk minum petang hubby, disebabkan baru beli cupcakes,jadi saya terfikir nak buat muffin. So, carilah resipi muffin yg belum cuba. Jumpa resipi ini. Sangat sedap!..^_^.

Bahan-bahan untuk 9 muffins:

1 1/2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/4 cawan kelapa kering-kalau suka lebih, lebihkan sikit
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula
1 cawan jus pandan-2 helai daun pandan, kisar dengan air dan tapis
25gm serbuk santan segera
1/4 cawan minyak sayuran
pewarna hijau
chocolate rice-hiasan/optional

-ayak tepung dan baking powder. Gaul bersama kelapa kering
-Kisar minyak,serbuk santan,jus pandan,gula dan garam
-Masukkan bahan kisar dalam adunan tepung, gaul sebati.
-Serikan dengan 1/2 sudu teh pewarna hijau
-hias dengan chocolate rice
-bakar pada suhu 15o degree celcius selama 15-20 minit

Siap!..^_^

10:35

Bun Kentang

Bismillahirrahmanirrahim.

Roti ini sangat nostalgia. Ayah sangat suka makan roti kentang ni. Kalau pergi bakery atau pergi pasaraya besar, mesti beli roti ni. Di India dan Jordan mestilah tak ada jual kan. Jadi kena buat sendiri. Percubaan pertama saya agak xbes, sebab xlembut sgt dan terbakar hangit. Hihi. Kesian akhawat..^-^..Jadi, untuk dapatkan adunan yg lembut dan gebu, sila ikut resipi di bawah betul-betul. Kalau boleh jangan adjust suka hati mcm saya ni..memandai je..

Bahan-bahannya:(12 bun)

250gm tepung
70gm kentang
120ml susu
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar gula(kalau nk manis lebih, tambah lg 2 sudu)
2 sudu besar butter
1 sudu teh yis
1 biji telur-size sederhana

Topping kastard

1 cawan susu
2 sudu tepung kastard
3 sudu gula

-rebus kentang dan kisar dgn sebahagian susu sampai hancur
-suamkan baki susu, masukkan yis, gula, butter
-tambahkan tepung dan tepung susu,gaul sebati,masukkan telur dan kentang kisar.
-Uli sampai tak melekat di tgn. Adunan akan lembik
-Rehatkan doh sampai naik sekali ganda
-Bulat-bulat kecilkan. Sapu tgn dengan butter supaya doh tak melekat di tgn dan licin
-Hias dengan kastard. Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 20-25 minit/warna sedikit keperangan.
-Sedap makan panas-panas

Selamat mencuba!..=)

05:36

Mee Rebus

Bismillahirrahmanirrahim

Kelmarin teringin nak buat mee rebus. Pertama kali cuba. Alhamdulillah,menjadi..=)

Buat mee rebus agak leceh, tapi hasilnya lumayan InsyaAllah..^_^

Bahan-bahannya(untuk anggaran 15 org mkn):

3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 paket kecil rempah kari(dalam 3-4 sudu besar)
4 sudu cili boh(kalau nk pedas tambah lagi)
3 sudu besar udang kering
3 biji kentang sederhana besar
500gm daging
1 cawan kacang tanah-digoreng dan dikisar halus
1 batang serai diketuk
air secukupnya
garam dan gula

-Rebus udang kering sampai kembang,blend dengan air rebusan udang tadi,lebihan air jangan buang
-Rebus daging sampai empuk,simpan air rebusan
-Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan(saya kisar dalam blender menggunakan air rebusan kentang tadi)
-Kisar bawang besar, bawang putih dan halia
-tumis bawang sampai kering,masukkan udang kering, tumis lagi sampai naik bau.
-masukkan cili boh, rempah kari dan serai, tumis sampai sedikit kering.
-masukkan kentang kisar tadi, daging bersama air rebusan daging,baki air rebusan udang kering dan kacau sebati.
-Tambahkan air pada kuah mengikut tahap kesukaan kepekatan kuah. Kalau suka pekat, tambah sikit, kalau suka cair, tambah air banyak. Anggaran dalam 2 cawan air
-Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Kalau nak warna lebih pekat, gunalah gula perang atau gula melaka. Saya tak ada, jadi warnanya agak pudar.

Untuk hiasan, dengan keropok rangup:

1 senduk tepung jagung
1 senduk tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya

-pastikan adunan tak terlampau pekat dan tak terlampau cair.mcm kepekatan adunan roti jala
-goreng sampai warna perang

Hidang dengan:

telur rebus
timun
cili merah
bawang goreng
daun sup
limau nipis

InsyaAllah sedap!..selamat mencuba~

11:21

Choco Cream Puff


Bismillahirrahmanirrahim.

Cream puff ini dah lama hubby minta buat. Tapi tak terbuat-buat. Hihi. Dulu masa di Malaysia,umi rajin juga buat. Hubby specifically minta buat 'macam goda punya'..adehs~.Goda buat lagi cantik kut. Hu Hu

Cream puff ni, sangat technique sensitive. Sebab tu saya malas sangat nak buat. Ada technique tertentu untuk pastikan creampuff tak cepat hangit, masak dalam, kekal kembang walaupun dah sejuk. Benda tu la susah nak dapat! and I guess siapa ambil culinary je belajar kut. Anyway, untuk yang baru nak cuba, cuma pastikan suhu ketuhar tinggi dan biarkan sebentar dalam ketuhar lepas masak.

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan air
1 sudu besar gula
100gm butter@1/2 cawan
1/2 sudu teh garam

-cairkan butter,air,garam dan gula sampai mendidih
-Alihkan dari dapur,masukkan tepung, kacau sampai tak berketul(vigorously) dan sebati
-Masukkan telur satu persatu dan gaul sebati.
-Panaskan oven pada suhu 200 degree celcius. Bakar selama 5-10 minit sahaja. Biarkan sejuk dalam oven.(ada org kata nak spray air atas creampuff sblm bakar pun boleh elak dia turun lepas kembang)


Choco kastard

Saya kehabisan susu dirumah, fikir punya fikir, nak buat macam mana ni. Nak keluar beli dah malam. Hubby pula tak ada di rumah. Jadi saya guna milo. I guess kalau nak guna vico ke, choco radix ke pun ok!

-1 1/2 cawan air milo(bukan serbuk milo ye^_^)
-3 sudu tepung kastard
-3 sudu gula

Kacau semua sampai pekat.

Hiaslah dengan apa-apa sahaja. Saya letak cooking choclate kat atas dia. Kunun macam nak jadi eclairs la..hihi..

Selamat mencuba!..=)



09:51

Roti Goreng

Bismillah.

Resipi ini dah lama saya tak buat. Sangat sedap,lembut,gebu dan crispy di luar. Macam yang beli dekat bakery tu. =)



Inti Kentang dan ikan bilis

Bahan-bahannya:

1 biji kentang sederhana besar, potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu juga
1 biji bawang besar -dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
3 sudu cili boh
3 sudu gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan ikan bilis/ikut suka

-masak macam nak buat sambal tumis. Goreng ikan bilis terlebih dahulu supaya tak liat.



Doh roti(25 biji):

420ml susu segar
600gm tepung
30gm butter
1 sudu teh garam
60gm gula
2 sudu besar yeast (12 gm)

salut dengan:
telur
breadcrumbs

-suamkan susu,masukkan gula,butter,garam dan yeast. Tunggu kejap sampai berbuih.
-Masukkan tepung dan uli sampai tak melekat di bekas dan tangan. Lebih kurang 20-30 minit.
-Rehatkan doh selama 1 jam (tutupkan dengan kain lembab/saya letak dalam oven)
-Bulat-bulatkan kecil-kecil dan masukkan inti. Rehatkan lagi selama 10-15 minit sebelum di salut dengan telur dan bread crumbs.
-goreng dalam minyak penuh. pada api kecil. Pastikan minyak dah panas sebelum masukkan roti supaya roti mengembang dengan cantik. Api terlampau kuat boleh menyebabkan roti tak masak dan tak naik. ^_^





Selamat mencuba!

09:39

Chocolate Tart


Bismillahirrahmanirrahim. Beberapa hari bercuti dari update blog!..huhu

Saya boleh kata lepas buat blueberry cheese tart, saya jadi obsess dengan crust dia sebab sangat sedap. So saya reka resipi chocolate tart ini but the crust sama macam blueberry cheesetart.

Bahan-bahannya:

1/2 cawan gula castor
1 biji telur
3 sudu cocoa powder
1/4 cawan chopped walnut
4 sudu besar tepung
1/2 cawan choc chips
1 1/4 cawan air

-cairkan tepung dan cocoa powder dalam air,masukkan gula dan kacau atas dapur pada api kecil sampai pekat.
-Sejukkan dan masukkan chopped walnut dan choco chips. Tuangkan atas crust yang telah dibakar dan bakar sekejap selama 5 minit pada suhu 150 degree celcius.

Senang kan!..=)

06:44

Nasi Minyak


Hari ini rasa kena buat something special untuk hubby sebab esok dia exam. Kenyang perut senang nak study. Hope so!..Jadi saya buatkan hubby nasi minyak makan dengan salad, kacang almond goreng dan ayam masak madu.

Cuma di sini saya nak kongsi resipi buat nasi minyak mudah tetapi sedap.

Bahan-bahannya

Bahan A
2 1/2 cawan beras
3 cawan air
1/2 cawan susu cair

Bahan B
1/2 biji bawang besar-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1/2 inci halia-dihiris
rempah 4 beradik-kayu manis,buah pelaga,bunga lawang,cengkih
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh ketumbar
1 kiub pati ayam

1/4 cawan kismis

3 sudu besar butter(kalau nak sedap,boleh ganti dengan minyak sapi)

-basuh beras bersih-bersih dan toskan
-cairkan butter,tumis semua bahan B sampai naik bau,masukkan beras, goreng sekejap. Masukkan air dan susu beserta kismis. Masak atas dapur atau guna rice cooker. Your choice..=)

Sedap makan dengan ayam masak merah,ayam caramel,dan juga ayam masak madu!..

Selamat mencuba..^_^

06:38

Portuguese Egg Tart


I've always like this type of egg tart. Sebab kulit dia. Hehe. Since senang dapat puff pastry, senang sahaja nak buat egg tart ini.

Bahan-bahan

12 keping puff pastry square

1/4 cawan gula castor
1/4 cawan whipping cream
1/4 cawan susu
3 biji kuning telur(medium size)
1 sudu teh esen vanilla

-pukul semua bahan sampai gula hancur dan sebati.
-terap puff pastry untuk letak atas baking tin.
-letakkan adunan telur lebih kurang 1/3 penuh. Jangan banyak sangat, nanti melimpah sebab puff pastry akan kembang
-bakar pada suhu 150 degree celcius selama 25-30 minit.

Sedap makan panas-panas untuk tea!..

Selamat mencuba..=)

06:24

Blueberry Cheese Tart



Salam!..cheese tart ini rupanya agak tidak presentable. Wan Syamimah punya lagi cantik. Susah rupanya nak buat dia cantik. Saya rasa lah. Dulu pernah belajar. Tapi tak pernah practise sampailah hari membuatnya semalam. Adalah lebih kurang 5 tahun kut.Lupa dah cikgu tu ajar macam mana nak bagi cantik. Ish..ish..ish..penat umi hantar pergi kelas memasak.

Anyway hubby kata rasa sedap. Crust dia pun sangat crispy dan rapuh. The way I like it to be!..Alhamdulillah

Bahan-bahannya:(make approx 12 tarts)

Crust
125gm butter
40gm castor sugar/icing sugar
1 biji telur
220gm tepung
1 sudu teh esen vanilla

-butter pastikan keras yang baru keluar peti sejuk tu,potong kiub kecil dan campurkan dalam tepung
-make a crumble out of it. Ramas guna hujung jari sampai dia jadi sebati butter dan tepung. Crumble kasar. Tambahkan gula
-pukul sedikit telur bersama esen vanilla. campurkan dalam adunan tepung tadi. Uli sebati
-canaikan dan terap bentuk bulat kecil memadai size muffin baking tin tu.
-Glaze baking tin dengan butter dan letak doh atasnya. cucuk base crust dengan garfu lebih kurang 3x(tempat berbeza).
-Bakar pada suhu 150 degree celcius selama 10 minit atau sampai crust keperangan separuh masak.

Blueberry cheese filling

250gm cream cheese
60gm castor sugar
20gm butter
100ml whipping cream(saya guna satu sudu je,sebab banyak tu je yg tinggal..hihi)-optional by the way
1 biji lemon-perah jus dan sagat kulit untuk perisa
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
blueberry filling secukupnya

-pukul semua bahan sampai sebati dan kembang
-tuangkan atas crust yang telah dibakar tadi. letakkan sedikit blueberry filling atas cream cheese dan corakkan ikut suka hati. Sebab saya suka letak banyak blueberry, jadi xnampak sangat corak batiknya. hihi.
-bakar pada suhu 150 degree celcius selama 15-20 minit.

Sejukkan dalam peti sejuk. Sedap makan sejuk2..^_^..

01:22

Choco Cupcakes

Now is the season to bake until u drop i guess~...sampaikan asik fikir apa nak bake hari ini instead of apa nak masak hari ini. Hihi. Masak pun sesimple mungkin, nasi goreng etc. Yang penting ada org tolong habiskan..^_^

So, here it is; choco muffins!




Bahan-bahannya:

1 3/4 cawan tepung
1 cawan gula(kalau nak manis sikit boleh tambah 1/4 cawan lagi)
1/4 cawan cocoa powder
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/3 cawan minyak sayuran
1 cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan choc chips
1 biji telur size M

-ayak tepung,cocoa powder,baking soda dan baking powder. Ketepikan
-pukul telur,gula dan minyak sehingga kembang dan gula hancur
-Masukkan esen vanilla,tepung yang telah diayak,gaul sebati. Campurkan susu dan choc chips.
-letakkan dalam muffin baking tin 1/3 penuh.
-bakar pada suhu 150 degree selama 15 minit

sedap makan panas-panas baru keluar dari oven!..=)=)

09:42

Blueberry Muffin

Salam.

Disebabkan ada lebihan blueberry buat cheese cake semalam, saya kena fikir idea untuk habiskan. Benda paling mudah nak buat,muffin!..hihi. Siapa tak suka muffin kan!..sebelum ini saya tak ada bekas untuk buat muffin. Minggu lepas ajak hubby pergi beli. Kira blueberry muffin ini adalah perasmi pertama baking tray ni..=)=)=)



Sebelum bakar


Selepas bakar


Yummy!


oh...how i love the blueberry filling inside~..^_^

Bahan-bahannya:

85gm butter
80gm castor sugar
2 biji telur(besar)
175gm tepung
10gm baking powder(1 sudu besar)
1 sudu teh esen vanilla
80ml susu segar
1/4 cawan chopped walnut-optional,because i love it!..hihi
blueberry filling

-pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit,pukul sebati.
-Ayak tepung dan baking powder,masukkan dalam adunan butter tadi. Masukkan esen vanila dan susu,gaul sebati.
-bakar pada suhu 150 degree celcius selama 15-20 minit.

Selamat mencuba!