02:11

Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum.

Sebelum ini saya pernah buat cheese cake,tetapi zaman itu zaman saya tidak begitu mengetahui ke'sensitifan' cara membuat cheese cake. Umi saya pernah cakap cheese cake ini sebenarnya agak teknik sensitif. Bagi orang yang dah mahir membuatnya mungkin tidak terasa,cuma untuk beginner macam saya ini, setiap langkah saya pastikan tidak tertinggal. So, here it is, untuk mereka yang ingin mencuba cheese cake yang sedap pertama kali cubaan dan tidak mahu melihat bahan-bahan membazir akibat tak jadi!..^_^

by the way, I prefer the baked one compared to non-baked cheese cake mungkin kerana tak semua negara ada gelatin halal macam di Malaysia..=)


Blueberry cheese cake!



Selepas dipotong sebahagian




Dah tinggal sikit kena ngaappp..hihi..=)


Bahan-bahannya:

Base:
p/s;I like it a bit thick untuk hilangkan muak makan cheese cake. Kalau ada yang suka nipis, boleh divide into half adunan base di bawah..^_^

100gm butter
12-15 keping biskut digestive(any brand will do!)

Cake:
500gm cream cheese
100ml whipping cream
200gm icing sugar
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji perahan lemon(if you want more flavour, boleh sagat kulit lemon dan masukkan)
4 biji telur(sebiji telur ambil kuning sahaja)

Blueberry filling secukupnya

-Untuk buat base,kisar biskut sampai halus.
-Cairkan butter dan masukkan biskut hancur tadi. Tekan atas loyang yang sesuai dan sejukkan dalam peti sejuk dalam 30minit ke 1 jam.

-Untuk adunan cake, pukul cream cheese dan icing sugar sampai sebati.Masukkan whipped cream,pukul lagi. Masukkan telur pula. Pastikan adunan tak berketul. Tambah esen vanilla dan perahan lemon.
-Tuangkan adunan cake atas base tadi dan bakar selama 50minit ke sejam pada suhu 150 degree celcius.
-Bakar dalam 'water bath'. Means,letakkan loyang atas bekas berisi air. I guess untuk elak cake hangit cepat kut since tempoh bakar dia mesti lama untuk pastikan cake masak. This is simply guessing!..hihi

Selamat mencuba!

2 comments:

Kia said...

warghhhhhhhhh sedapnyeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!nomnom nom nom nom nom nom nom nom nom nom ok dah pnt.

Anonymous said...

waaaaaa menarik gila nampak blueberry tuuuuuuuuuuuuuuuuuu...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (pengsan) -farah-