04:32

Chicken Puff


Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini terasa nak buat chicken pie sebenarnya. Memandangkan yang ada dalam peti hanya puff pastry, jadi saya tukar rasa nak buat chicken puff. Teringin nak makan creamy chicken filling tuh..nyum..nyum..

Bahan-bahan:

dada ayam secukupnya-saya pakai 4 ketul kecil
2 biji kentang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sudu tepung gandum dibancuh dalam 1/2 cawan air
2 sudu susu cair
1 biji telur dipukul sedikit
oregano
black papper
garam secukup rasa
mushroom dalam tin-optional(saya tak letak)
minyak/butter untuk menumis

Puff pastry secukupnya

-saya suka rebus kentang dahulu sampai empuk,tos dan ketepikan
-tumis bawang sampai naik bau. Masukkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil. Goreng sampai ayam masak
-Bila ayam dah masak, masukkan kentang dan telur. Gaul sebati.
-Tambahkan adunan tepung dan susu cair,gaul sebati lagi
-Masukkan oregano, black papper dan garam secukup rasa. Kacau sampai pekat.
-Sejukkan sebentar dan bolehlah dimasukkan dalam puff pastry

Selamat mencuba!..=)

03:14

Kerepek Kulit Popia


Bismillahirrahmanirrahim

Ini snack yang saya buat untuk hubby. Dia memang suka makan kerepek2 ini. Memandangkan jordan tak ada jual, maka kena buat sendiri. Tak susah pun nak buatnya. Hanya beli kulit popia.

Kulit popia secukupnya, potong dan gulung ikut citarasa. Lekatkan dengan sedikit tepung gandum bancuh air. Goreng sampai garing.

Sira kan dengan sambal kering:

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 batang cili kering
gula perang
sedikit garam

-kisar halus semua bawang dan cili. Goreng garing sampai pecah minyak. Tambahkan gula perang dan garam dan goreng lagi sampai kering. Gaulkan bersama mini popia tadi. Siap!..=)

Snack yang mudah disediakan..^_^

03:04

Nasi Kerabu Terhad


Bismillahirrahmanirrahim

First trial dan menjadi. Alhamdulillah. Nasi kerabu. Mengubat rindu juga. Seronok dan kepuasan buat sendiri itu tak dapat digambarkan. =). Simple pun tak apa, yang penting sedap dan puas hati kan? Nasi saya warna kuning sebab tak ada pewarna biru. Hehe.

Bahan-bahannya:

NASI

Beras
Garam
Pewarna
Daun Limau purut
Serai
Serbuk tomyam putih

SAMBAL
15 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu teh serbuk kunyit
200ml santan
1 btang serai
1 keping asam keping
3 sudu sos ikan
garam dan gula melaka

-Kisar semua bawang, serai dan cili kering sampai halus
-Tumis sampai pecah minyak. Masukkan asam keping, santan dan sos ikan. Kacau sampai pekat.
-Perasakan dengan gula dan garam. Siap!

KELAPA IKAN

-Ikan seekor sederhana besar (saya pakai sardin dalam tin)
-1 cawan kelapa kering
-3 ulas bawang putih
-1/2 biji bawang besar
-1 cm halia
-1 batang serai

-Goreng kelapa kering sampai warna bertukar sedikit perang.
-Kisar isi ikan sampai halus
-Kisar bawang,halia,serai sampai halus dan tumis sampai naik bau. Masukkan ikan dan gaul sebati. Perasakan dengan garam.
-Akhir sekali masukkan kelapa kering. Gaul sampai betul-betul kering.

*kelapa ini boleh juga jadi isi solok lada.

Hidangkan nasi kerabu ini dengan:

ulam-ulaman-saya ada timun je di rumah
ayam goreng
daging salai
ikan goreng
ikut suka..=)

02:55

Claypot Rice with Caramel Chicken Wings


Bismillahirrahmanirrahim

Ada satu hari itu, mengidam nak makan calypot rice macam yang selalu boleh dapat di mana-mana foodcourt malaysia. Jadi saya pun carilah resipi dan buat dengan sedikit pengubahsuaian mengikut citarasa dan bahan yang ada. Di rumah tak ada mushroom cina yang kering tu. Hanya ada mushroom dalam tin, jadilah buat rasa. Ayam caramel pula saya pernah post resipi sebelum ini.

Bahan-bahan:

2 cawan beras
3 cawan air
cendawan
bawang putih
halia
bawang besar
kicap
sos tiram
carrot
dada ayam-dipotong kiub

-tumis bawang dalam minyak sampai kekuningan. Masukkan ayam dan goreng sampai ayam masak. Masukkan cendawan dan carrot. Goreng lagi. Masukkan kicap, sos tiram dan garam ikut suka banyak mana.
-Tuang bahan tumis tadi dalam beras yang telah dibasuh. Masak nasi macam biasa.

Siap!..mudah bukan?..=)

02:41

Keropok Lekor



Bismillahirrahmanirrahim

Lama sungguh blog ini terabai. Kesian. Bukan tak masak, tapi sebab masak benda sama sejak dua menjak ini, jadi tiada resipi baru yang boleh diupdate di blog.

Keropok lekor ini dah lama buat sebenarnya. Dah banyak kali buat pun. Alhamdulillah, dapat mengubat rindu pada keropok lekor di Malaysia. Senang juga nak membuatnya. Asal bahan cukup, menjadilah dia.=)

Bahan-Bahannya:

Ikan 1 kg(saya pakai sardine dalam tin je)
Tepung ubi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa

-Kalau yang pakai ikan fresh, ambil isi sahaja dan kisar sampai halus. Untuk sardine dalam tin, ramas je dengan tangan sampai hancur
-Kisar bawang sampai halus dan gaul bersama ikan dan garam secukup rasa.
-Tambahkan tepung dan uli adunan sampai tidak melekat di tangan dan bekas.
-Bentukkan ikut suka hati dan rebus sampai masak. Kejap sahaja merebusnya, bila dah timbul maka dah masaklah keropok itu.
-Toskan lepas rebus dan bila dah cukup kering, bolehlah digoreng atau makan macam itu sahaja bersama sos.

Selamat mencuba!..=)

09:07

Mashed Potato


Bismillahirrahmanirrahim

Resipi ini adalah yang paling sedap saya pernah buat setakat ini. Hubby makan sampai tak mahu berhenti. Rasa lagi sedap dari kfc,popeyes,chili's,kenny's atau apa-apa sahaja fastfood yang kami pernah rasa dulu-dulu katanya. Kalau dah hubby pun approve, kira kalau sesiapa mengidam nak makan mashed potato yang sedap, tak perlulah nak layan sangat nafsu pergi ke fastfood yang mesti diboikot itu. Huhu

Bahan-bahannya:

1 biji kentang besar(saya tak pasti kentang anda macam mana, cuma di Jordan ini, ketang2nya sangat besar,saya pakai sebiji dah cukup untuk 3-4 org makan,kalau kentang sederhana, 1 1/2 biji memadai)
3 ulas bawang putih
1 sudu mayonis
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu besar butter
secubit garam

-rebus kentang dan bawang putih sampai kentang empuk
-Lecekkan dengan cawan
-Gaul dengan mayonis dan serbuk lada putih. Perasakan dengan sedikit garam

Untuk Kuah:

1 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
25gm butter
1 sudu tepung gandum-bancuh dalam sedikit air tadi
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu sos tomato
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu oregano
1/2 sudu kicap pekat manis

-tumis bawang dengan butter. Masukkan air dan semua baki bahan. Kacau sampai pekat.
-perasakan dengan garam

Selamat mencuba!..^_^

08:59

Ayam Paprik dan Nasi Goreng Cina

Bismillahirrahmanirrahim

Beberapa hari lepas terasa nak masak ayam paprik. Lama dah tak masak ayam paprik ini. Nasi Goreng cina pula, umi selalu buat dulu masa open house atau ada BBQ. Makan dengan ayam BBQ sangat sedap. Tapi saya tak ada minyak bijan kat rumah, jadi rasa dia lain sikit dari yang umi masak.

Bahan-Bahan untuk Paprik Ayam:

Ayam 3/4 ketul dipotong kecil

1 biji bawang besar-dihiris
3 ulas bawang putih
1 inci halia

2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat manis

1/2 cawan air
1 sudu tepung jagung

sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
1 biji tomato potong dadu
mixed vegetable
garam dan gula
daun limau purut
sebatang serai

-Tumis bawang sampai naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong kecil. Goreng sampai masak
-Masukkan semua sos, tambah 1/2 cawan air yang telah dicampur tepung jagung
-Masukkan sayuran, daun limau purut, serai, lada putih dan hitam,garam dan gula secukupnya.

Siap..=)

Bahan untuk nasi goreng cina

3 cawan nasi
2 biji telur
sedikit sayur campuran
lada hitam
garam
1 biji bawang besar dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris

-tumis bawang sampai naik bau.masukkan telur,hancur2kan dan goreng sampai masak. Masukkan sayur campuran dan garam
-Tambah nasi,gaul sebati.

Senang bukan?..^_^