00:54

Rendang Daging

Abaikan minyak tu..hihi

Bismillah.

Hehe,rendang ini terlewat masak. tiga hari selepas raya haji, baru saya dapat masak rendang ini memandangkan sepanjang raya haji tu, jadual saya penuh dengan bermacam-macam aktiviti. Kesian hubby dapat makan rendang lewat. Since kami dapat daging korban, saya tak terfikir nak masak benda lain melainkan rendang daging untuk hubby makan dengan lemang instant. =)

Buat rendang ini kalau sedikit, tak leceh, cuma tempoh memasak agak lama. Kalau buat banyak memang memenatkan. huhu

Bahan-bahannya:

2 kg daging lembu-saya campur daging korban dan tak korban

kisar halus:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 batang cili kering
1 sudu besar serbuk kunyit
1 batang serai dihiris nipis
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

3 sudu rempah kurma-bancuh dalam sedikit air

4 sudu kerisik
400 ml santan pekat

daun limau purut
daun kunyit

2 cawan air

gula perang dan garam secukup rasa

-tumis bahan kisar sampai naik bau dan agak kering. Masukkan rempah kurma,gaul sebati
-Tambahkan daging dan 3 cawan air. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit yang dah dihiris nipis,biarkan sampai kuah pekat dan daging empuk. Kalau daging tak empuk lagi, tambahkan sedikit air dan biar kembali pekat/kering
-Sebelum kuah betul-betul pekat, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa
-Gaul sampai kering(saya ambil masa lebih kurang 3-4 jam)

Hidangkan dengan ketupat/nasi impit/lemang..=)..nak makan dgn nasi putih pun ok..^_^

0 comments: