Bismillah.
Dah lama saya tak masak nasi ayam untuk hubby. Nasi ayam ini simple sahaja. =)
Bahan-bahan untuk nasi(4-5 org makan)
2 1/2 cawan beras
3 cawan air stok ayam(rebus ayam dan guna airnya, dah ditambah garam)
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai-diketuk
1 helai daun pandan-disimpul
Bahan untuk ayam kicap:
Ayam yang telah direbus di keluarkan dan ditoskan
1/2 cawan kicap pekat manis
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu gula perang
-goreng ayam sekejap sahaja sekadar untuk mendapatkan warna hitam melekat pada ayam
Bahan untuk sambal nasi ayam:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu cili boh
2 sudu sos tomato
air,garam dan gula secukupnya
-kisar bawang,tumis sampai kering dan naik bau, masukkan cili boh, tumis lagi, tambahkan sos tomato.
-masukkan air, garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk sup ayam:
ayam
air
bawang besar
bawang putih
halia
rempah 4 beradik
-tumis bawang dan rempah 4 beradik sampai naik bau. Kalau suka, nak letak sup bunjut pun ok. tak ada pun xpe.
-Rebus ayam sampai masak, separuh air ayam guna untuk masak nasi, bakinya untuk kuah nasi.
Hidangkan dengan timun dan tomato.
Selamat mencuba!...=)
Jalan-jalan cari makan..^_^
About Me
- Ummu Thana'
- Irbid, Jordan
- Bismillahirrahmanirrahim. I am a 24 year old Dentist,married to a lovely husband and now a full time housewife for approx. one year before I start working. Blog ini direka khas untuk saya berkongsi resipi-resipi yang diambil dari laman-laman masakan dari dalam dan luar negara,diubahsuai sedikit supaya mudah untuk dibuat.Cooking make easy.^_^.Hobi mengisi masa lapang.
Let's Talk Food
Followers
Powered by Blogger.
01:05
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment