09:56

Nasi Tomato

Lama tak update blog ini. Agak kesempitan masa sejak akhir-akhir ini. Bukan tak masak, tapi cuma tak ada masa untuk update dalam blog. So, hari ini nak present resipi nasi tomato. Hubby yang teringin nak makan. Bila ditanya nak masak apa, dia cakap nak nasi tomato. So, saya cari resipi mudah dan rasa-rasa macam enak untuk dicuba. Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Sebenarnya ada tamu datang rumah, so saya masak agak banyak.



Gamba di atas nak tunjuk ayam masak merah, tapi lupa pula nak ambil gambar ayam masak merah sahaja. So, gambarnya nampak jauh.

AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam
rempah 4 beradik
2 biji bawang besar dikisar
1 biji bawang besar dihiris bulat
6 biji bawang putih dikisar
5 cm halia dikisar
3 sudu cili boh
3 sudu tomato puree
1 cawan sos tomato
5 sudu besar madu
1/2 cawan susu cair
sebatang serai

-Goreng ayam dengan garam dan kunyit. Ketepikan
-Tumis rempah 4 beradik sampai naik bau. Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga kering. Masukkan cili boh dan tumis lagi
-Masukkan sos, tomato puree,susu,serai dan madu. Kacau sebati dan biar hinggah mendidih.
-Apabila kuah dah pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sebati
-Tak perlu garam sebab rasa dah ada dalam tomato puree dan sos tomato tadi.




KARI SAYUR

1/2 biji bawang besar dhiris nipis
rempah 4 beradik
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
2 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk kunyit
5 biji cili kering
1/4 cawan susu cair
secawan air
sedikit air asam
garam secukup rasa
kobis
terung
karot

-potong sayur ikut suka
-Tumis rempah 4 beradik sampai naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi.
-Saya kisar semua bawang, rempah kari, serbuk kunyit, jintan dan cili kering
-Masukkan air dan sayur, gaul sebati, reneh sehingga sayur lembut
-Masukkan susu cair,garam dan air asam.




NASI TOMATO

3 cawan beras-dibilas dan ditos
3 cawan air
3 sudu tomato puree
1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
1 batang serai
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
rempah 4 beradik
2 sudu butter
1/2 biji tomato dipotong dadu

-Tumis rempah 4 beradik dan bawang yang dihiris nipis dalam butter sampai naik bau.
-Masukkan beras, air, susu,kiub pati ayam dan tomato. Gaul sebati. Biar masak guna rice cooker.=)

Siap!..InsyaAllah dijamin sedapp sehingga menjilat jari..^_^

0 comments: