04:03

Sweet and sour fish

Dalam peti sejuk ada fish fillet. Ini sahaja jenis ikan yang ada di jordan. Yang murah ok. Di sini tiada ikan fresh. Semua fozen. Susah dapat agaknya. So, semalam masak sweet and sour fish.





Bahan-bahan:

1 big slice fish fillet dipotong kecil
Marinade dengan;
1 biji putih telur
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh garam


1/2 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 biji cili merah dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar sos ikan(optional, saya suka letak)
1 sudu besar lemon jus
3 1/2 sudu besar sos(nak guna sos cili pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan dalam 1 cawan air
1/2 biji tomato dipotong baju untuk hiasan

Cara-cara:
1.Goreng ikan sehingga garing, ketepikan
2.Tumis bawang, halia, bawang putih, cili merah
3.MAsukkan sos,sos ikan, air,gula,garam,lemon jus,masak sampai pekat
4.Masukkan tomato dan akhir sekali ikan yang telah digoreng.

Sedap makan dengan nasi panas..=)

Selamat mencuba!

0 comments: