13:05

Ramadhan keenam

Bismillahirrahmanirrahim


1/3 ramadhan sudah semakin berakhir. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apa khabar Iman kita dengan bertambahnya hari ramadhan ini?. Moga semakin baik insyaAllah.

Untuk berbuka puasa ramadhan keenam, saya masih lagi tegar masak sendiri di rumah. Walaupun hubby ada bagi cadangan makan diluar, makan dirumah atau makan masakan melayu masih menjadi keinginan kini. Mungkin nanti kut kalau nak makan masakan arab ini.

Post kali ini mengingatkan saya pada ukhti Hamizah Fuzi yang mengenali saya dengan pau goreng. Hihi. Jangan marah ye mizah fuzi!..^_^..

Saya teringin untuk buat pau goreng tengahari tadi. So, terus pergi dapur sediakan inti kaya dahulu. Homemade inti kaya adalah yang tersedap. Lagi sedap dari dibeli diluar. Puas pula tu makan. Hati pun senang tanpa bahan pengawet atau perasa berlebihan. Sangat mudah sebenarnya buat inti kaya;



Bahan-bahannya:

1 cawan gula pasir
1/4 cawan air
3 biji kuning telur
1 sudu tepung castard
1 1/2 cawan santan
sehelai daun pandan

-Masak gula dan air sampai jadi caramel(warna perang),tunggu sejuk sedikit.
-Masukkan santan, kacau pada api perlahan sampai gula perang cair
-Sejukkan sampai benar-benar sejuk. Boleh tunggu sekitar 1-2 jam
-Masukkan telur dan tepung castard beserta daun pandan. Kacau sebati pada api perlahan sampai mendidih.
-Bila sejuk, kaya akan jadi pekat

Ini pula cara untuk buat doh pau. Doh ini boleh guna juga kalau nak buat kuih burger malaysia tu(hubby panggil kuih proton. Kenapa ntah.)
Uli sampai tak melekat di tangan dan bekas. Rehatkan


Doh selepas setengah jam


Dah masuk inti dan dibentuk bulat kecil


Selepas goreng..=)

Bahan-bahannya:

300gm tepung
130ml susu segar
3 sudu gula
1 1/2 sudu butter
3/4 sudu besar yis kering
1 biji telur
1/2 sudu baking powder

-Air susu pastikan suam
-Campur susu,gula,butter dan yis
-Masukkan tepung,baking powder dan telur,gaul sebati
-Uli sehingga doh tidak melekeat di tangan dan di bekas
-Rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit atau doh naik sehingga dua kali ganda size asal
-Bentukkan bulat-bulat kecil, masukkah inti kaya dan goreng
-Pastikan minyak panas dan goreng supaya doh tenggelam dalam minyak(pau akan mengembang bila digoreng)

AYAM GORENG KICAP



Bahan-bahannya:

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 biji cili merah dihiris nipis
kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih
1/4 cawan kicap lemak manis
sedikit air
sedikit air asam/air lemon
tomato untuk hiasan

-goreng ayam bersama kunyit,garam dan tepung jagung sehingga masak
-tumis bawang dan rempah kering sehingga naik bau
-masukkan kicap,air dan tomato. Biar mendidih
-Masukkan air asam dan ayam. Gaul sebati. Siap!

SAYUR KOBIS MASAK LEMAK



-ini senang sangat.campak-campak je..

Selamat mencuba!..^_^

2 comments:

Kia. said...

wargh stil truje ngen pu tu stiap kali tgk......kalo bake bp lame n bp suhu eh mus agk2??macem nk buat (bile2) tp bab2 menggoreng tu yg plg males -.-"

Ummu Thana' said...

haha..kukus la kia..sedap gak..bakar dalam suhu 160 degrees tuh ok dah..20 minit kut..cam roti laa..