00:57

Ramadhan ke-13

Assalamualaikum wbt.

Lama juga blog masakan ini tidak berupdate. Agak sibuk juga kebelakangan ini. Kondisi rumah kurang memuaskan sebab ada paip pecah yang menyebabkan kebocoran pada rumah bawah. Kesian mereka. Alhamdulillah,kerja seminggu membaik-pulih berakhir semalam dengan kami berdua membersihkan satu rumah yang ditinggalkan pekerja-pekerja macam itu sahaja. Sebenarnya, reason saya tak update juga sebab ada hari kami buka di luar, ada hari ada tetamu dtg rumah, jadi saya masak benda yang dah ada pun resipinya dalam blog ini.

Cuma nak sebut, beberapa hari lepas saya mengidam nak makan meehun sup sebab tengok gambar cik zakiah. So, saya buatlah sendiri.



Resipinya:

400gm daging/ayam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis

satu sudu rempah sup/sup bunjut
air secukupnya
garam

-tumis bawang2 dan rempah2 kering sampai naik bau. Masukkan air dan rebus ayam atau daging sampai masak
-masukkan rempah sup dan adjust rasa dengan garam. Siap. Mudah je buat sup ni.
-Hias dengan daun sup dan bawang goreng.

Untuk semalam, saya cuba untuk buat kuih burger malaysia.

-doh sama macam nak buat pau
-sambal ikan bilis:


2 biji bawang besar-untuk dikisar
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 sudu cili boh/cili kisar
100 gm ikan bilis-goreng garing
air asam
garam dan gula

tumis bawang sampai kering, masukkan cili boh dan bawang yang dihiris, goreng sampai sebati dan bawang lembut. Masukkan sedikit air asam, adjust rasa dengan garam dan gula. Last sekali masukkan ikan bilis. Barulah ikan bilis rangup dan sedap.=)







Selamat mencuba!..=)

0 comments: