06:30

Kek Choc Moist Mak Usu

Alhamdulillah,ramadhan tinggal beberapa jam sahaja lagi. Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Apa persediaan jasmani dan rohani kita untuk menghadapi ramadhan?.Sama-sama muhasabah. Rebut peluang yang ada sebaiknya. InsyaAllah

Resipi kali ini dah lama buat. Beberapa hari lepas masa kawan-kawan hubby datang bertandang ke rumah. Resipi turun-temurun dari mak usu saya. Setiap kali raya, kek ini kekwajib untuk dibuat. Kadang-kadang tu buat sampai nak termuntah rasa, tapi bila makan tak boleh stop pulak. Hihi. InsyaAllah dijamin sedap sebab ada juga mendapat tempahan kecil-kecilan di Malaysia untuk kek ini.



Disebabkan mak usu saya yang bagi resipi, maka dalam buku resipi ummi, ditulis sebagai-kek choc moist mak usu..hihi..=)

Bahan-bahan kek:

150gm butter
300gm castor sugar
200gm tepung
70gm cocoa powder
3biji telur
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar baking soda
1 cawan(250-300ml) susu segar
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan gula bersama butter di atas api kecil.
2. Ayak tepung,baking powder,baking soda dan cocoa powder
3. Masukkan gula dan buuter yang telah di cairkan dalam campuran tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan telur, gaul sebati
5. Masukkan susu dan esen vanilla
6.Bakar pada suhu 170 degree celcius selama 30-40 minit


Untuk gambar di atas, saya tidak buat topping dia, letak icing sugar sahaja sebab bahan tak ada dirumah. Cuma yang selalu kami buat di Malaysia, ada topping yang menyelerakan.

Bahan-bahan:

1 tin susu cair(450-475ml)
1 cawan icing sugar
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan cocoa powder

Cara:

1. Masak kesemua bahan di atas api kecil sehingga pekat
2. Letak atas kek dan hias dengan choc rice atau kacang2 atau apa-apa sahaja ikut suka..=)

Selamat mencuba!..

0 comments: