10:33

Kuih Lompat Tikam


Ini sama buat kelmarin. Selepas nasi tomato. Hehehe. Kuih ini pertama kali saya makan masa Form 5 dahulu di rumah kawan. Dia orang Kelantan dan kuih ini asalnya dari kelantan. Saya memang suka kuih yang lembut2 dan makan dengan gula merah ini. Tak sangka pula mudah sahaja untuk buat sendiri. Untuk cik Hazimah, saya tahu di India tiada beras pulut, tapi nak buat kuih ini memadai dengan tepung beras..hehe..walaupun kalau ada pulut nasi kaler merah tu lagi sedap.=)

Lapis Biru/Hijau..^_^

1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh garam
pewarna biru/hijau/pandan paste(ideally guna pandan paste)

Santan Pekat

4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh garam

Pulut Merah

1 cawan beras pulut
1 cawan santan
pewarna merah

Air Gula Merah

1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
daun pandan

-Rendam beras pulut dengan pewarnan merah sekurang-kurangnya 3-4 jam
-Kukus bahan lapis hijau yang telah digaul sebati selama 20 minit
-Selepas lapis hijau masak, masukkan bahan santan pekat dan kukus lagi selama 20 minit
-Kukus pulut merah selama 15 minit dalam bekas berasingan
-Masak air gula merah sehingga gula cair
-Sedap dimakan setelah semuanya disejukkan.=)=)

Nyum..nyum..

2 comments:

MomoN said...

hahaha.. saya baru tau boleh guna tepung beras je.. macam2 lah leh buat pasni.. hoyeah~
dah tu, apa beza tepung beras dan tepung pulut...??

Ummu Thana' said...

tepung beras tak kenyal..tepung pulut kan kenyal2 sikit..heheheh