00:31

Ramadhan keempat..

Alhamdulillah..dah masuk hari kelima kami berpuasa di Jordan ini. Rasa macam kejap sangat masa berlalu..

Seperti yang dijanjikan..resipi kuih bakar..



Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan jus pandan(kisar 5-6 daun pandan segar dalam air)
2 cawan tepung
2 1/2 cawan santan
2 sudu minyak
3 biji telur
1/2 sudu teh garam

-pukul telur dan gula sampai gula hancur
-masukkan jus pandan,tepung,minyak,santan dan garam,gaul sebati
-tapis adunan untuk buang keladak2/serdak2..hihi
-bakar pada suhu 160 degree celcius selama 30 minit/sampai masak


Menu ramadhan keempat kami adalah mee goreng simple..Sebabnya banyak lagi baki roti jala dan kuih bakar semalam. So,saya top-up dengan mee goreng dan ayam goreng kunyit sahaja..Alhamdulillah..=)

0 comments: