23:19

No crust apple pie



Saja nak melainkan cara buat apple pie. Kalau sebelum ini asik buat apple crumble aja sampai hubby dah bosan. Dia pun reti buat sendiri tanpa perlu guidance dari saya. Nak buat apple pie, minggu lepas sahaja dah dua kali makan pie. So, saya cakap kat hubby, nak cari resipi lain based on apple. Jalan-jalan jumpa website resipi on no crust apple pie. Ini sudah bagus. Sebab resipi dia sangat mudah, nak buat apatah lagi. Kiranya persediaan untuk alam bekerja la nnt. Kalau kerja sibuk, pasti tak ada masa nak buat pie crust,walaupun boleh beli, tapi kalau dapat buat semua sendiri kan lagi menarik. So saya cuba resipi ini. Alhamdulillah, rasanya lebih kurang macam apple crumble yang selalu saya buat kata hubby, tapi bentuk dia je lain.

Bahan-bahannya:

2 biji epal-I used green apple, kalau nak guna red apple pun boleh, cuma kurangkan sukatan gula by 2-3 tablespoons nanti.
4 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh cinnamon powder
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan tepung

Cara-cara:
1.Kupas kulit epal, buang biji dan hiris nipis. Set aside
2. Campurkan kesemua bahan-bahan lain dan gaul sebati
3. Masukkan epal, gaul dan letak dalam baking tin. Siap untuk dibakar!
4. Bakar pada suhu 150 degree celcius selama 15-20 minit

Sedap untuk makan panas2 dengan ice-cream atau whipped cream. Nyum nyum..=)

0 comments: