14:00

Sambal terung dan Telur Bungkus

Salam.

Untuk buka puasa hari ini, kami berdua makan tomyam ayam, sambal terung dan telur bungkus. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..=)



SAMBAL TERUNG

1 biji terung bulat besar dipotong dadu
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili boh
sedikit air
garam dan gula
minyak untuk menggoreng dan menumis

-goreng terung sampai warna keperang-perangan dan garing
-Tumis bawang yang telah dikisar sampai kering
-Masukkan cili boh dan tumis lagi
-Tambahkan sedikit air,garam dan gula
-Masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.

Siap!..=)





TELUR BUNGKUS

Ini sebab teringin kalau pergi restoren di Malaysia mesti ada benda ini.

100 gm dada ayam dipotong dadu-boleh agak je, tak perlu banyak
2 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu kicap
1 sudu sos ikan-optional
2 sudu air
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit jagung dalam tin
carrot dipotong dadu kecil
daun sup
1/2 biji cili merah dihiris
1/4 biji tomato dipotong kecil-kecil
3 biji telur

-goreng bawang yang telah dipotong dadu dan dihiris nipis sampai garing. Masukkan ayam dan goreng sampai ayam masak.
-Masukkan kesemua jenis sayuran, daun sup dan campuran sos
-Tambahkan air dan garam,kacau sehingga pekat
-Untuk bungkusan telur, pukul telur dengan sedikit garam, tuangkan dalam kuali besar dan bentukkan bulat besar. Masukkan isi yang telah dimasak tadi dan bungkus isi tersebut dengan telur.
-Guna pinggan untuk telengkupkan telur dari kuali.

Siap!..



TOMYAM AYAM

ini tak aci guna paste. So,senang sangat buatnya. hihi..=)

11:35

Chicken Pie,Salad and Homemade Garlic Bread

Salam!..Semalam lidah tak rasa nak makan nasi. Rasa macam nak makan makanan western. Mula-mula ajak hubby makan pizza since kat Jordan ni byk pilihan kedai pizza, tapi hubby tak mahu keluar rumah. So, saya cari resipi chicken pie sebab ada short crust pastry dalam peti sejuk. Hihi..

So, inilah dia!..





CHICKEN PIE

400 gm ayam dipotong dadu
1 cawan stok ayam(air+1 kiub pati ayam)
1 sudu teh garam
1 sudu lada hitam(kalau tak suka pedas, boleh kurgkan)
1 cawan susu segar
3 sudu butter
1 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 cawan tepung
1/2 sudu oregano
1 sudu daun bawang/daun sup
1 biji telur
sayuran-cendawan butang, chopped carrot, jagung,kobis(agak-agak semua dalam 1 1/2 cawan)

-cairkan butter dalam periuk, masukkan bawang dan ayam. Goreng sampai masak.
-tambah stok ayam dan sayuran.Masak sampai sayur semua empuk dan lembut
-Masukkan black papper, garam, oregano, susu dan tepung. Gaul sebati hingga adunan jadi pekat.
-Masukkan telur dan gaul lagi sampai mendidih.
-Tuangkan atas short crust pastry yg telah separa masak didalam bekas. Tutup sepenuhnya dengan adunan short crust pastry.Glaze dengan telur. Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 20-30 minit sehingga crust jadi keperangan.
-chicken pie ini sangat creamy dan yummy. Enak dimakan panas-panas



Ini pula salad. Saya main campak-campak je dan agak-agak resipinya. In the end hubby habiskan satu mangkuk ni sebab sedap katanya. Alhamdulillah.=)

SALAD

jagung dalam tin
timun
tomato
carrot dipotong baji
kentang
oregano
sedikit garam
sedikit gula
1/2 biji jus lemon

-Rebus carrot dan kentang sampai empuk dan toskan
-Gaul semua baki bahan dan simpan dalam peti sejuk.
-Sedap makan sejuk-sejuk..=)





Ini pula homemade garlic bread. Rasanya semua arif, kalau nak beli garlic bread yang sedap di luar, punyalah mahal. Rasa macam tak berbaloi. Dapat pun tak puas makan. Di Malaysia ada garlic bread spread ready made. Di sini tak pernah jumpa pula. So, saya buat sendiri sahaja. Senang dan puas hati dapat makan banyak!..hihi

HOMEMADE GARLIC BREAD SPREAD

100 gm butter
1/4 cawan daun sup
3-4 ulas bawang putih-chopped

-Gaul je semua dan spread pada roti. Tak kesah pakai roti apa pun
-Bakar pada suhu 100 degree celcius selama 10-15 minit. Siap!..Yummy and crunchy!..=)

Selamat mencuba semua..^_^

10:33

Kuih Lompat Tikam


Ini sama buat kelmarin. Selepas nasi tomato. Hehehe. Kuih ini pertama kali saya makan masa Form 5 dahulu di rumah kawan. Dia orang Kelantan dan kuih ini asalnya dari kelantan. Saya memang suka kuih yang lembut2 dan makan dengan gula merah ini. Tak sangka pula mudah sahaja untuk buat sendiri. Untuk cik Hazimah, saya tahu di India tiada beras pulut, tapi nak buat kuih ini memadai dengan tepung beras..hehe..walaupun kalau ada pulut nasi kaler merah tu lagi sedap.=)

Lapis Biru/Hijau..^_^

1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh garam
pewarna biru/hijau/pandan paste(ideally guna pandan paste)

Santan Pekat

4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh garam

Pulut Merah

1 cawan beras pulut
1 cawan santan
pewarna merah

Air Gula Merah

1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
daun pandan

-Rendam beras pulut dengan pewarnan merah sekurang-kurangnya 3-4 jam
-Kukus bahan lapis hijau yang telah digaul sebati selama 20 minit
-Selepas lapis hijau masak, masukkan bahan santan pekat dan kukus lagi selama 20 minit
-Kukus pulut merah selama 15 minit dalam bekas berasingan
-Masak air gula merah sehingga gula cair
-Sedap dimakan setelah semuanya disejukkan.=)=)

Nyum..nyum..

09:56

Nasi Tomato

Lama tak update blog ini. Agak kesempitan masa sejak akhir-akhir ini. Bukan tak masak, tapi cuma tak ada masa untuk update dalam blog. So, hari ini nak present resipi nasi tomato. Hubby yang teringin nak makan. Bila ditanya nak masak apa, dia cakap nak nasi tomato. So, saya cari resipi mudah dan rasa-rasa macam enak untuk dicuba. Alhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Sebenarnya ada tamu datang rumah, so saya masak agak banyak.



Gamba di atas nak tunjuk ayam masak merah, tapi lupa pula nak ambil gambar ayam masak merah sahaja. So, gambarnya nampak jauh.

AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam
rempah 4 beradik
2 biji bawang besar dikisar
1 biji bawang besar dihiris bulat
6 biji bawang putih dikisar
5 cm halia dikisar
3 sudu cili boh
3 sudu tomato puree
1 cawan sos tomato
5 sudu besar madu
1/2 cawan susu cair
sebatang serai

-Goreng ayam dengan garam dan kunyit. Ketepikan
-Tumis rempah 4 beradik sampai naik bau. Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga kering. Masukkan cili boh dan tumis lagi
-Masukkan sos, tomato puree,susu,serai dan madu. Kacau sebati dan biar hinggah mendidih.
-Apabila kuah dah pekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sebati
-Tak perlu garam sebab rasa dah ada dalam tomato puree dan sos tomato tadi.




KARI SAYUR

1/2 biji bawang besar dhiris nipis
rempah 4 beradik
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
2 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk kunyit
5 biji cili kering
1/4 cawan susu cair
secawan air
sedikit air asam
garam secukup rasa
kobis
terung
karot

-potong sayur ikut suka
-Tumis rempah 4 beradik sampai naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi.
-Saya kisar semua bawang, rempah kari, serbuk kunyit, jintan dan cili kering
-Masukkan air dan sayur, gaul sebati, reneh sehingga sayur lembut
-Masukkan susu cair,garam dan air asam.




NASI TOMATO

3 cawan beras-dibilas dan ditos
3 cawan air
3 sudu tomato puree
1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
1 batang serai
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
rempah 4 beradik
2 sudu butter
1/2 biji tomato dipotong dadu

-Tumis rempah 4 beradik dan bawang yang dihiris nipis dalam butter sampai naik bau.
-Masukkan beras, air, susu,kiub pati ayam dan tomato. Gaul sebati. Biar masak guna rice cooker.=)

Siap!..InsyaAllah dijamin sedapp sehingga menjilat jari..^_^

01:46

Kuih serimuka gula merah

Salam ramadhan ke-16!..dah berlalu separuh ramadhan. Moga ianya tidak sia-sia

Semalam sebenarnya kepingin nak buat serimuka. Tapi disebabkan daun pandan dah tinggal sikit,kaler hijau pun tak ada. Saya buat kuih serimuka gula merah. Alhamdulillah,rasa dia sangat enak




Bahan-bahannya:

untuk lapisan atas:

1 biji telur
1 1/4 cawan santan
3/4 cawan gula merah
1 1/2 sudu tepung gandum
1 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu teh garam

-gaul semua bahan dan tapiskan untuk elak berketul-ketul. Ketepikan

untuk lapisan bawah:

1 1/2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1 sudu teh garam

-rendam beras selama 1/2 jam dan toskan
-gaul bersama santan dan garam. Kukus selama 20 minit
-mampatkan beras yang telah dikukus dan tuangkan lapisan atas tadi. Kukus selama 20 minit sehingga lapisan atas masak.

Siap.Mudah bukan!..=)

00:57

Ramadhan ke-13

Assalamualaikum wbt.

Lama juga blog masakan ini tidak berupdate. Agak sibuk juga kebelakangan ini. Kondisi rumah kurang memuaskan sebab ada paip pecah yang menyebabkan kebocoran pada rumah bawah. Kesian mereka. Alhamdulillah,kerja seminggu membaik-pulih berakhir semalam dengan kami berdua membersihkan satu rumah yang ditinggalkan pekerja-pekerja macam itu sahaja. Sebenarnya, reason saya tak update juga sebab ada hari kami buka di luar, ada hari ada tetamu dtg rumah, jadi saya masak benda yang dah ada pun resipinya dalam blog ini.

Cuma nak sebut, beberapa hari lepas saya mengidam nak makan meehun sup sebab tengok gambar cik zakiah. So, saya buatlah sendiri.



Resipinya:

400gm daging/ayam
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis

satu sudu rempah sup/sup bunjut
air secukupnya
garam

-tumis bawang2 dan rempah2 kering sampai naik bau. Masukkan air dan rebus ayam atau daging sampai masak
-masukkan rempah sup dan adjust rasa dengan garam. Siap. Mudah je buat sup ni.
-Hias dengan daun sup dan bawang goreng.

Untuk semalam, saya cuba untuk buat kuih burger malaysia.

-doh sama macam nak buat pau
-sambal ikan bilis:


2 biji bawang besar-untuk dikisar
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 sudu cili boh/cili kisar
100 gm ikan bilis-goreng garing
air asam
garam dan gula

tumis bawang sampai kering, masukkan cili boh dan bawang yang dihiris, goreng sampai sebati dan bawang lembut. Masukkan sedikit air asam, adjust rasa dengan garam dan gula. Last sekali masukkan ikan bilis. Barulah ikan bilis rangup dan sedap.=)







Selamat mencuba!..=)

13:05

Ramadhan keenam

Bismillahirrahmanirrahim


1/3 ramadhan sudah semakin berakhir. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apa khabar Iman kita dengan bertambahnya hari ramadhan ini?. Moga semakin baik insyaAllah.

Untuk berbuka puasa ramadhan keenam, saya masih lagi tegar masak sendiri di rumah. Walaupun hubby ada bagi cadangan makan diluar, makan dirumah atau makan masakan melayu masih menjadi keinginan kini. Mungkin nanti kut kalau nak makan masakan arab ini.

Post kali ini mengingatkan saya pada ukhti Hamizah Fuzi yang mengenali saya dengan pau goreng. Hihi. Jangan marah ye mizah fuzi!..^_^..

Saya teringin untuk buat pau goreng tengahari tadi. So, terus pergi dapur sediakan inti kaya dahulu. Homemade inti kaya adalah yang tersedap. Lagi sedap dari dibeli diluar. Puas pula tu makan. Hati pun senang tanpa bahan pengawet atau perasa berlebihan. Sangat mudah sebenarnya buat inti kaya;



Bahan-bahannya:

1 cawan gula pasir
1/4 cawan air
3 biji kuning telur
1 sudu tepung castard
1 1/2 cawan santan
sehelai daun pandan

-Masak gula dan air sampai jadi caramel(warna perang),tunggu sejuk sedikit.
-Masukkan santan, kacau pada api perlahan sampai gula perang cair
-Sejukkan sampai benar-benar sejuk. Boleh tunggu sekitar 1-2 jam
-Masukkan telur dan tepung castard beserta daun pandan. Kacau sebati pada api perlahan sampai mendidih.
-Bila sejuk, kaya akan jadi pekat

Ini pula cara untuk buat doh pau. Doh ini boleh guna juga kalau nak buat kuih burger malaysia tu(hubby panggil kuih proton. Kenapa ntah.)
Uli sampai tak melekat di tangan dan bekas. Rehatkan


Doh selepas setengah jam


Dah masuk inti dan dibentuk bulat kecil


Selepas goreng..=)

Bahan-bahannya:

300gm tepung
130ml susu segar
3 sudu gula
1 1/2 sudu butter
3/4 sudu besar yis kering
1 biji telur
1/2 sudu baking powder

-Air susu pastikan suam
-Campur susu,gula,butter dan yis
-Masukkan tepung,baking powder dan telur,gaul sebati
-Uli sehingga doh tidak melekeat di tangan dan di bekas
-Rehatkan doh selama lebih kurang 30 minit atau doh naik sehingga dua kali ganda size asal
-Bentukkan bulat-bulat kecil, masukkah inti kaya dan goreng
-Pastikan minyak panas dan goreng supaya doh tenggelam dalam minyak(pau akan mengembang bila digoreng)

AYAM GORENG KICAP



Bahan-bahannya:

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 biji cili merah dihiris nipis
kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih
1/4 cawan kicap lemak manis
sedikit air
sedikit air asam/air lemon
tomato untuk hiasan

-goreng ayam bersama kunyit,garam dan tepung jagung sehingga masak
-tumis bawang dan rempah kering sehingga naik bau
-masukkan kicap,air dan tomato. Biar mendidih
-Masukkan air asam dan ayam. Gaul sebati. Siap!

SAYUR KOBIS MASAK LEMAK



-ini senang sangat.campak-campak je..

Selamat mencuba!..^_^

07:50

Ramadhan kelima




Ada tetamu datang rumah.So,saya sediakan:

Mee kari
Puff choc dan tuna
Buah
Jus tembikai

^_^

00:31

Ramadhan keempat..

Alhamdulillah..dah masuk hari kelima kami berpuasa di Jordan ini. Rasa macam kejap sangat masa berlalu..

Seperti yang dijanjikan..resipi kuih bakar..



Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan jus pandan(kisar 5-6 daun pandan segar dalam air)
2 cawan tepung
2 1/2 cawan santan
2 sudu minyak
3 biji telur
1/2 sudu teh garam

-pukul telur dan gula sampai gula hancur
-masukkan jus pandan,tepung,minyak,santan dan garam,gaul sebati
-tapis adunan untuk buang keladak2/serdak2..hihi
-bakar pada suhu 160 degree celcius selama 30 minit/sampai masak


Menu ramadhan keempat kami adalah mee goreng simple..Sebabnya banyak lagi baki roti jala dan kuih bakar semalam. So,saya top-up dengan mee goreng dan ayam goreng kunyit sahaja..Alhamdulillah..=)

00:16

Ramadhan ketiga..

Kia masak tetrazzini(nak tegeliat lidah sebut..hihi..jgn marah kia!)..farah pulak buat macaroni and prawn cheese..syami buat cute dumplings sbb dia sahur katanya..agaknye dorg mmg hari berbuka western sedunia di India nun.Saya?masih bertahan lagi dengan resipi kemelayuan walaupun hubby dah sebut2 nak lasagne dan macaroni and cheese mcm farah punya..;p..


Alhamdulillah,kami berbuka dengan roti jala dan kuih bakar dek. Roti jala sebab tengok gamba syami buak roti jala kelmarin, kuih bakar sebab tengok farah buat kuih sekaya..inilah akibat dari suka merayau blog org sebelum buka. Teringin pun macam-macam. ^_^..

Untuk resipi roti jala, senang aja. Saya tiru resipi syamimah seperti dibawah:

1.roti jale (30 keping lbh kurg)

-2 stengah cwn tpg gandum

-2 cwn susu+1 cwn air (klu nk gune air je pun leh,tp kite suke taruk susu)

-1 sk serbuk kunyit

-stengah sk grm

-sikit vanilla (optional)

-2 bijik telur

cara- cara = blend semua dlm blender,hehehe.

kemudian tapis ler bg buang keladak2,

seterusnya jale dlm non stick frying pan (sng x pyh leser minyak byk kali)





2.kari ayam (kite jmpe resipi ni kat myresepi.com mase 2nd year bds,since then kite stick dgn resipi ni)

-bahan A- 2/3 tangkai daun kari

- 1 sk halba

- 1biji bwg besar dimayang

- rempah 4 bradik (kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,cardamon) ape ek cardamon in malay?

- stengah cawan minyak (klu x cukup tambah lg)



-bahan b- sangai 3 biji buah keras+1 sk jintan kecik(jeera) + 1 stengah sk biji ketumbar

- 1 bwg besar

- 4 bwg puteh

- 3cm halia

- 2 sb serbuk kari ayam

- 1 sb serbuk kunyit

- cili boh ikut sukati pedas



-bahan c- ayam half kilo

- kentang sukati byk mana

- air 1 cawan



-bahan d- sekotak santan

- 3 keping asam keping

- garam



cara-cara. - tumis bahan A sampai bawang tukar kaler golden

- masuk bahan B plak, tumis sampai pecah minyak or garing

- kemudian masuk bahan C, kacau n tutup periok,biar kentang lmbut

- last sekali masuk bahan D, tunggu sampai mendidih,klu pekat sgt tambah ler air



Untuk resipi kuih bakar, saya letak next post ye..=)

19:36

Peach Cobbler

Ini sebenarnya hidangan hari pertama ramadhan. Tiba2 rasa banyak pula menu kami berbuka walaupun hanya berdua. Alhamdulillah. Rezeki tak pernah surut. Peach banyak dalam peti sejuk. Nak makan munchy2, tengah bulan puasa. Untuk mengelak busuk begitu sahaja. hubby cadangkan buat sesuatu dengan peach itu. So, saya cari resipi paling mudah, peach cobbler ni.





Masak peach dalam air gula



adunan tepung



sebelum bakar



selepas bakar


Bahan-bahannya:

3 biji peach-dipotong baji
50gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan tepung
1 cawan susu
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla.

-Resipi asal sebenarnya guna peach dalam tin, saya tukar guna fresh peaches. So, saya masak dengan 5-6 sudu gula dilarutkan dalam 1/4 cawan air. Masak sehingga pekat
-Cairkan butter dalam loyang di dalam oven pada suhu 160 degree celcius
-Sementara itu, gaulkan kesemua bahan2 yang lain tadi dan tuang atas butter yang dah dicairkan.
-Tuangkan peach atas adunan. Bakar sampai masak lebih kurang 20-30 min.

Sangat sedap makan dengan whipped cream atau ice cream..=)

00:50

Ramadhan Kedua..

Salam Ramadhan ke-dua!..

BERGEDIL DAGING

Untuk buka puasa hari kedua,tangan gatal nak buat bergedil daging untuk appetizer.



Gambar kurang menawan. Tapi rasa boleh tahan..=)

Resipi:

3 biji besar kentang
200gm daging kisar(minced meat)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
daun sup
daun bawang

-goreng kentang sampai masak
-hiris bawang nipis2,goreng garing,masukkan daging kisar dan goreng sampai masak
-lenyekkan kentang,gaul bersama daging dan bawang yang telah digoreng tadi.
-Masukkan daun sup,daun bawang,garam. Gaul sebati.=)

DAGING MASAK MERAH



Resipi:

400gm daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili kering
2 sudu tomato puree
1/2 sudu sos tiram
1/2 sudu kicap
1/2 sudu sos ikan
2 sudu gula
1/2 sudu teh garam

1 batang serai
1/4 cawan santan pekat

-serai dan santan tambah kalau nak lagi lemak dan naik bau.=)


Selamat mencuba!..

00:15

Ramadhan Pertama di Jordan..

Alhamdulillah..tidak terkata rasa meraikan ramadhan pertama di bumi Anbiya' ini. Ditambah lagi dengan menyambutnya bersama suami tersayang di sisi. Dua kali puasa kami berjauhan dan kali ini Alhamdulillah, kami dapat menyambutnya bersama.

Sebelum ini dah janji dengan cik zakiah dan cik wan syamimah untuk update blog setiap hari kami berbuka puasa di sini dengan menu yang dibuat untuk berbuka. Tengok FB Farah sekali terliur dengan menu buka puasa farah, siap ada air ribena..Nak!!..Semalam blogger buat hal, tak boleh nak update. So saya akan update dua menu sekali untuk dua hari hari ini. Resipi akan diselitkan di bawah setiap gambar. Selamat mencuba!

Hari pertama Ramadhan:

OTAK-OTAK IKAN

Mengidam otak-otak bazaar ramadhan. Terpaksa-rela buat sendiri. Hehe.






Resipi:

400gm ikan(saya guna fish fillet,nak guna apa2 jenis ikan pun ok)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
4 biji cili kering
1/2 sudu serbuk kunyit(kalau ada kunyit hidup lagi best)
2 sudu gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
100ml santan pekat

-Kisar bawang,cili,serai,jintan putih dan jintan manis
-kisar ikan
-gaul ikan bersama bahan kisar,masukkan serbuk lada hitam,kunyit,santan, gula dan garam, gaul sebati.
-Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 10-15 minit.

AYAM GORENG CARAMEL

Ni resipi feveret cik hazimah. Dulu dia selalu masak ini dirumah dan saya selalu paksa-rela dia masak.Hehe. Sekarang kami dah jauh, teringin kena buat sendiri. So,saya cari resipi dan buat.Kalah ayam golek bazar ramadhan oke!..=)



Resipi:

400gm ayam-dibersihkan
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili
1/4 cawan gula perang dilarutkan dalam air sedikit(resipi asal guna madu)

-Bawang dan halia dihiris nipis. Goreng dalam minyak panas sehingga naik bau
-Gaulkan ayam bersama kicap dan sos. Masukkan dalam bawang yang digoreng tadi
-bila ayam dan separuh masak, masukkan madu/gula perang. Goreng sampai pekat dan sehingga ayam masak.

Nyum..Nyum..


SUP SAYUR TOMYAM PUTIH




Nih tak payah letak resipi la. Sebab main campak-campak je. Letak serbuk tomyam putih, dah siap.=)..

Kami minum air tembikai untuk berbuka sebab tembikai besar sangat di sini. Kena beli sebijik, potong separuh pun penuh tupperware besar. So,kena buat jus. Alhamdulillah.=)

Selamat memeriahkan Ramadhan dengan amal ibadah!..jangan asik masak je..=)

06:51

Power Puffs Girl ^_^

Masa pergi shopping dengan hubby di Arabella Mall, dapat 'green light' dari hubby untuk beli puff pastry. Suka..^_^.Kebetulan tengah ada sale untuk puff pastry tu. So, saya ambil sepeket.

Hari ini untuk minum petang offer pada hubby nak buat egg puff. Egg puff ni asalnya dari India. Baru saya tahu sebab masa cari resipi inti, semua web yang keluar adalah web orang India. Patutla sebelum datang India tak pernah jumpa egg puff. Di India, egg puff ini dah jadi makanan kebiasaan kami, saya rajin juga beli lepas balik kelas. Dan juga feveret cik Wan Syamimah. So syami, saya rasa kalau awak ada puff pastry ni, sudah tentu awak akan buat egg puff non stop. Malangnya di India tiada jual puff pastry dah siap. Perlu bikin sediri. Itu yang merumitkan keadaan. Hihi.











So, untuk resipi kali ini, saya lampirkan cara-cara buat inti egg puff;

Bahan-bahannya(untuk 4 keping egg puffs):

2 biji telur direbus dan dibelah dua
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 sudu besar cumin seeds
1sudu rempah kari ayam&daging Adabi
1/2 cawan air
1sudu gula
Garam secukup rasa

4 keping puff pastry-ready made berukuran 10cmX10cm

Cara:
1. Goreng bawang dan cumin seeds dalam 2 sudu besar minyak panas sehingga bawang lembut.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama air
3. Masukkan gula dan garam. GOreng sehingga pekat.

Untuk size dan bentuk, mengikut citarasa anda.

Hasilnya hubby kata sama macam egg puff yang dia makan di India. Yang saya selalu beli di sebelah More Supermarket Falnir Road.Haha..

Untuk mempelbagaikan puff, saya letak sekali inti choc dan seafood tuna.


Egg Puff


Seafood Tuna Puff



Hubby's Favourite Choc Puff



Nyum..nyum..selamat mencuba!..=)