08:54

Pengat pisang

Bismillahirrahmanirrahim

Ini juga saya buat beberapa hari lepas. Masa itu di rumah ada pisang tanduk 3 biji dengan tepung pulut. Terus terasa nak buat pengat pisang ketika itu. Nyum nyum nyum.

Bahan-bahan:

Saya banyak agak-agak je.

2 paket santan serbuk
2 helai daun pandan
gula perang
secubit garam

1 cawan tepung pulut bancuh dengan sedikit air, macam nak buat kuih buah melaka. tambah pewarna ikut suka. Bulat-bulat kecilkan dan rebus sampai masak.

-Renih santan ,daun pandan,gula perang dan pisang sampai pisang sedikit lembut. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul. Pastikan api perlahan.

Selamat mencuba!..=)

08:41

Asam Pedas Ayam


Bismillahirrahmanirrahim

To be frank, ini cubaan keberapa kali entah saya buat asam pedas. Dulu masa umi nak ajar, degil tak mahu tengok. Konfiden boleh buat sendiri. Sekarang dah duduk jauh dari umi, baru nak rasa menyesal. Tak sama tengok umi masak dengan dengar cara memasak from umi. Orang kata memasak ni, kalau nak bagi sama rasa dengan tukang masak, kena tengok betul-betul macam mana tukang masak tu masak kan. Hubby pun kata lain dari mak dia buat asam pedas. Tapi dia kata sedap dan dia boleh makan, baru berani nak letak dalam blogspot ini. Huhu

Saya main suka hati tambah apa yang saya rasa nak tambah. Ikut selera masing-masing dan ikut stok bahan-bahan yang anda ada ye. Cuma yang paling penting asam pedas ini, kene ada cili kering dan asam jawa. Kalau tak ada, tak jadilah namanya asam pedas kan..=)

Bahan-Bahannya:

Ayam-anggaran dalam 5-6 ketul
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk lada hitam
secubit belacan
4 sudu cili boh(kalau suka pedas, tambah lagi)

1/2 biji bawang besar-dihiris nipis
1 sudu jintan manis+putih
setangkai daun kari
sebatang serai-diketuk
sebatang bunga kantan-dihiris
4-5 helai daun limau purut
segenggam daun kesum

1 biji tomato-dipotong baji
nenas-optional

1 sudu asam jawa, bancuh dalam air secukupnya

garam dan gula secukup rasa

-perap ayam yang sudah dibersihkan dengan serbuk kunyit,sedikit garam dan serbuk lada hitam
-kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia
-tumis bawang besar yang dihiris nipis tadi bersama jintan dan daun kari sehingga naik bau
-masukkan cili boh,tumis sampai garing. Setelah itu masukkan bahan kisar dan tumis lagi sampai kering.
-masukkan air asam dan ayam. Renih sampai ayam masak.
-Setelah itu masukkan serai,bunga kantan, daun kesum, daun limau purut. Kacau sebati
-Tambah garam dan gula ikut rasa. Sebelum tutup api, masukkan nenas dan tomato.

Siap untuk dihidang dengan nasi panas dan ikan kering!..hihi..^_^


08:32

Red Velvet Cupcakes

Bismillahirrahmanirrahim

Lama sungguh orang dok pandang tepung pelita je. Kesian dan maaf. Tak mahu membela diri sebab tak ada apa yang perlu dibela. huhu.

Anyway, kembali pada resipi kali ini, sekadar untuk mempelbagaikan cupcakes/muffins. Boleh cuba yang ini. Chocolaty dan rasa best.

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 1/2 cawan tepung
1 1/2 cawan icing sugar
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan cocoa powder

2 biji telur
1/2 cawan minyak
1 cawan buttermilk(if you dont have it, tambahkan 1 sudu cuka/lemon dalam 1 cawan susu,biar 5 minit)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu cuka(letak kalau ada buttermilk)
1 sudu teh pewarna merah

-Caranya mudah sahaja. Ayak semua bahan kering,gaul sebati dengan semua baki bahan tadi.
-Panaskan oven pada suhu 160 degree celcius, dan bakar muffin selama 20-25 minit.
-Topping boleh letak ikut suka, sebab saya ada nenas baki buat pajeri, jadi saya letak atas cupcakes tu sebelum bakar. Hihi.

Selamat mencuba!..^_^

01:00

Tepung pelita


Bismillahirrahmanirrahim

Kuih wajib beli kalau pergi pasar malam. My old time favourite!..=) Pertama kali mencuba dan Alhamdulillah menjadi. Senang sangat nak buat, kalau ada daun pandan, dah lama saya buat box kecil tu dan letak dalam daun pandan supaya lebih rasa..^_^..since bekas kecil-kecil pun saya tak ada, jadi saya letak dalam casserole besar. Hihi.

Bahan-Bahan:

Lapis Atas

1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan(dari 1 biji kelapa)
1/2 sudu besar garam

Lapisan bawah

1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan jus pandan(saya kisar 2 helai daun pandan dengan air dan tapis)
1/2 cawan castor sugar
sedikit pewarna hijau-ikut suka

-sediakan lapisan bawah dahulu. Kacau semua bahan sampai pekat. Untuk elak berketul, tapis bahan sebelum letak atas api.
-sprinkle sedikit gula castor atas loyang/bekas
-curah lapis bawah atas gula yang telah di'sprinkle' tadi. ratakan
-Kacau semua bahan lapis atas sampai pekat, letak atas lapis bawah tadi. Biarkan sejuk dan boleh dimakan!..=)

*tak perlu kukus..=)

Selamat mencuba!

00:47

Nasi daging


Sepatutnya warna nasi sedikit hitam lepas dibiarkan kering dan sejuk, tapi sebab ada orang tu tak sabar dah nak makan, warna tak sempat bertukar hitam..=).nampak macam nasi tomato la pulak..

Bismillahirrahmanirrahim

Nasi daging ni dah lama saya cuba nak buat. Tak pernah makan pun sebelum ini, so tak pasti rasa dia sepatutnya begitu atau begini. Asalkan org yang tolong makan bertambah,kira ok lah tu kut. Dalam peti ada baki daging sedikit, kalau nak buat lauk rasa macam sikit sangat, so saya jadikan rencah dalam nasi daging ini.

Bahan-bahannya:

A-sup daging
daging-ikut byk mana suka
1/4 biji bawang besar
2 ulas bwang putih
1 inci halia
sup bunjut
3 sudu rempah sup
1 sudu rempah kurma
1 biji ketang-kecil dipotong dadu
1 biji tomato
1 helai daun pandan disimpul
air secukupnya
garam

-tumis bawang sampai naik bau,masukkan air dan daging. Tambahkan sup bunjut, renih sampai daging empuk.
-Bila dah empuk, masukkan ketang dan tomato,daun pandan dan rempah sup+kurma tadi. Gaul sebati sampai kentang sedikit empuk.
-tambah garam secukup rasa

B-nasi daging
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rebusan daging (from bahan A)
1/4 biji bawang besar-dihiris nipis
3 sudu tomato paste
1/2 cawan susu cair
minyak masak/minyak sapi untuk menumis

-tumis bawang sampai naik bau. masukkan beras yang dah dibasuh dan ditoskan, gaul kering sebentar. Masukkan 3 cawan air daging,tomato paste,susu cair dan segala isi dalam air rebusan daging tadi(kentang,tomato,pandan,bawang2)
-masak nasi macam biasa.

Hidangkan bersama pajeri nenas dan ayam masak madu. Mengancam!..^_^

00:38

Bubur Nasi

Bismillahirrahmanirrahim

Bubur ini dibuat kerana saya dan hubby demam beberapa hari lepas. Dua hari tak makan proper, hanya makan pisang dan jus buah dan kadang-kadang hubby tolong buat megi goreng..Terasa nikmat sihat lepas sakit. Selera makan kembali bertandang, cuma tak mampu nak masak sangat. Jadi saya buat simple sahaja bubur nasi dengan sup daging ini.

Bahan untuk bubur nasi:

1 cawan beras
4 cawan air
1 kiub pati ayam
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

-hiris nipis semua bawang
-renih sampai beras masak dan masukkan kiub pati ayam dan bawang yang dah dihiris tadi
-kalau suka, nak letak sayuran apa-apa pun boleh. =)

Bahan-bahan untuk sup daging

400gm daging potong kiub
2 inci halia-dihiris
1 sup bunjut adabi
2 sudu rempah sup-bancuh sedikit dalam air
garam secukupnya
air

-tumis halia, masukkan air,daging dan sup bunjut. Renih sampai daging empuk
-masukkan rempah sup dan garam.

Bubur ini sedap dimakan dengan sambal kicap dan ikan kering!..=)

00:23

Sponge CheeseCake

Bismillahirrahmanirrahim.

This is my first ever trial untuk cheese cake selepas mendapat ilham dari Japanese Cotton Soft Cheese Cake. Rasa dia lebih kurang sama macam cheese cake yang dibeli di pasaraya which is less cheesy dan lemak but still fattening!..hehe..

Saya cuba ni pun sebab cream cheese kat dalam peti dah tinggal sikit dan saje nak habiskan.

Steps agak melecehkan but hasilnya InsyaAllah menawan.

Bahan-Bahan:

A
60gm cream cheese-kalau nak lebih lagi pun boleh,lagi cheesy
25gm butter
50ml fresh milk

B
3 biji kuning telur
1/4 biji lemon diambil jusnya

C
30gm tepung gandum
10gm tepung jagung

D
3 biji putih telur
70gm icing sugar/castorsugar
1/4 biji lemon ambil jusnya
100ml whipping cream

Crust:
-50gm butter
-6 keping digestive biscuits dihancurkan

Cara-cara:

-Boil bahan A dengan menggunakan teknik double boiler sampai semua bahan cair dan sebati dan sejukkan
-Gaul sebati bahan B,ketepikan
-Ayak bahan C,masukkan dalam adunan bahan A,gaul sebati dan kemudian masukkan bahan B pula, gaul sebati lagi. Ketepikan seketika
-Pukul putih telur sampai bertanduk,masukkan gula dan jus lemon, pukul lagi sampai jadi cotton soft,masukkan whipping cream, pukul lagi sampai sebati.
-Masukkan campuran bahan A,B dan C tadi dalam bahan D. Gaul dengan kaedah kaup-balik sampai sebati.
-Letak atas loyang yang telah di alas dengan biskut crust before hand(cara nak buat sama macam blueberry cheesecake sebelum ini)
-Bakar dengan menggunakan kaedah 'water bath' pada suhu 150 degree celcius selama 40 minit.

Tunggu sejuk baru boleh potong!..=)

Selamat mencuba~