Assalamualaikum semua.=)
Agak lama saya menyepi dari mengupdate blog ini. Bukan bermakna tak masak di rumah, cuma sepanjang bulan syawal ini, saya tidak berkesempatan untuk duduk lama di depan komputer. Banyak resipi yang dicuba tak diambil gambar, maka saya tak suka untuk updatekan tanpa gambar. Lain kali lah kalau saya cuba lagi resipi-resipi tersebut, saya ambil gambar dan upload di sini. Hari ini saya teringin untuk mencuba resipi roti yang lembut. Puas hati bila buat sendiri. Disebabkan rumah kami tidak ada breadmaker, jadi saya uli sendiri guna tangan. Nak menguli roti secara manual ini perlu kesabaran lebih. Mahu tergeliat tangan. Paling kurang pun tempoh menguli adalah 30 minit sehingga doh tidak melekat di tangan. Kalau doh masih melekat, nanti dia tidak akan jadi naik gebu dan nampak berketul. Tak menarik. Nantilah bila dah berduit sedikit selepas bekerja nanti, saya nak beli breadmaker. Hihihi.
Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
200ml susu segar
1 biji telur
3 sudu gula
1/2 sudu teh garam
25gm butter(anggaran 1/2 sudu besar)
1 sudu teh yeast kering
-suamkan air susu, masukkan gula,garam dan yeast. Biar seketika dalam 2-3 minit
-masukkan butter,tepung dan telur, gaul sebati
-uli sehingga doh tidak melekat di tangan atau guna breadmaker nak senang
-rehatkan doh selama 30-45 minit.
-bahar pada suhu 150 degree celcius selama 15-20 minit
Untuk kepelbagaian isi atau topping, bolehlah letak ikut suka. Nak bakar begitu sahaja pun sedap.
Gambar di atas, saya letak topping cinnamon:
1 sudu butter
1 sudu cinnamon powder
2 1/2 sudu gula
sedikit kismis ikut suka
ataupun
hotdog-potong dua setelah direbus sehingga masak.
selamat mencuba..=)

2 comments:
salam akak...wah3....x kosong tangan nmpk...makin busy pulak dye kt jordan nih...hihihihi...tp bgs2..sokongan padu lg jitu zam pos utk akak!!!!!..gambate...waaaaaaaaa....act,missssssssssss u soooooooooooo much!!!!!!!
akak rindu zam juga!!..dah jadi suri rumah ni..menggilap skills la nampaknyee..heee..=)
Post a Comment