01:46

Biskut Tart Nenas Perantau

Bismillah..

Bahang raya sudah semakin hampir. Since dah jadi suri rumah ini, kenalah buat kuih raya serba sedikit kan. Teringin nak makan tat nenas yang sedap. So, cari resipi sendiri dan buat. Alhamdulillah, denga bantuan ukhti Izzah yang menjadi pembantu saya menerap kuih, inilah hasilnya!..=)=)=)




Saya mencari tips di internet bagaimana untuk masak jem cara paling mudah, ada satu tips ini pakai ricecooker. Memang mudah. Tak perlu kacau sentiasa dah boleh dibiarkan begitu sahaja sampai pekat. InsyaAllah tak lekat dan hangit. Pastikan ricecooker anda jenis non-stick. Hihi.=)Tapi memasak jem memang memerlukan seharian sebab nak pastikan dia betul-betul pekat dan mudah dibentuk.

Bahan-bahan jem nenas

1 biji nenas segar
250 gm gula castor
perasa rose
kalau nak letak lemon,cinnamon powder sikit pun boleh,tepulang pada citarasa

-Kisar nenas sampai halus dengan sedikit air
-Masak diatas ricecooker sampai pekat
-Masukkan gula dan perasa rose,biar sampai pekat lagi
-sejukkan dalam botol semalaman.
-untuk dapat color yang lebih gelap, boleh masuk gula awal-awal. Saya nak dapatkan color kuning berkilat, sebab tu masuk gula lambat sikit.=)

Untuk buat doh nenas,

250gm butter
3 1/2 cawan tepung
50 gm icing sugar
1 biji kuning telur
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla

-pukul gula,butter dan telur sampai kembang. Masukkan esen vanilla.
-campurkan tepung yang telah diayak gaul sebati
-uli dan terap ikut citarasa,letak sedikit nenas danglaze dengan sedikit telur yang telah dipukul.
-bakar pada suhu 160 degree celcius selama 10 minit sahaja.





=)=)=)

0 comments: