Assalamualaikum.
Permulaan hari yang baik. Moga perjalanan hari ini juga baik.
Alhamdulillah, semalam saya berjaya buat apam beras setelah beberapa lama mengidam nak makan. Kebetulan ada tamu datang rumah, jadi saya buat banyak sedikit. Maaf untuk bentuk yang tidak menarik. Hubby tanya kenapa tak buat bulat-bulat2 comel?.Saya tak ada acuan comel, cuma ada loyang bulat sahaja. Jadi saya kukus dalam satu acuan dan potong selepas masak. Alhamdulillah, rasanya sedapp pada mulut saya..=)

Bahan-bahannya:
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan brown sugar
1/3 cawan gula
1 cawan air
1 sudu teh yeast kering
-Kisar nasi dan air sampai hancur lumat tak berketul
-Campur bahan kisar dengan semua baki bahan tadi. Gaul sebati. Perap selama 2-3 jam sehingga adunan naik sekali ganda.(jangan letak dalam peti, biarkan pada suhu bilik)
-sediakan kukusan. Kukus selama 20-25 minit.
-Siap dimakan bersama kelapa dan sedikit garam.=)
0 comments:
Post a Comment