22:24

Kek Lapis Choc-Pandan Perantau


Salam

Ini kes mengidam lama dah kek lapis sarawak. Cari-punya cari resipi. Susah rupanya nak buat kek lapis sarawak. Leceh sikit. Patutlah mahal. Lapis-lapisnya pun sgt nipis. Tak macam lapis saya di atas. Haha. Anyway, boleh lah buat makan hilangkan mengidam.

I love the pandan taste!

Bahan-bahannya:

6 biji telur sederhana besar diasingkan putih dan kuningnya
250gm butter-dibahagi dua
1 cawan gula-dibahagi dua
4 sudu susu pekat manis
100gm radix koko atau milo atau vico atau apa-apa sahaja ikut selera (instant mix)
1 senduk biskut digestive/marie yang telah dikisar(lebih kurang 3-4 keping biskut)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan jus pandan(sehelai daun pandan dikisar dalam air dan ditapis)
pewarna hijau

Lapisan Pertama

- Pukul kuning telur sehingga kembang
-Dalam bekas lain, pukul sebahagian butter dan sebahagian gula sehingga putih/kembang
-Campurkan adunan butter dan telur tadi
-Masukkan radix coco,biskut kisar dan gaul sebati


Lapisan Kedua

-Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan baki gula
-Dalam bekas lain, pukul butter dan susu pekat sehingga putih/kembang
-Campurkan kedua adunan di atas.
-Masukkan tepung, gaul sebati, tambahkan jus pandan dan pewarna hijau

-Kukus lapisan pertama selama 10 minit. Pastikan senipis yang mungkin
-Masukkan lapisan kedua, kukus selama 10 minit juga
-Ulangi melapis sehingga adunan habis keduanya.
-Sejukkan didalam peti lebih kurang 4-5 jam. Bila keras dan sejuk baru sedap dipotong dan dimakan..=)

Selamat mencuba.

0 comments: