03:02

Dark Choc Oatmeal Cookies


Bismillah.

Khas buat akhawati yang dah berkali-kali minta dipublish resipi ini. Lepas ini bolehlah buat sendiri kan. ^_^

Ini asalnya puan farah yang buat masa kami di India. Sedap sungguh. Lepas tu terus jadi famous biskut ini ibarat famous amos. huhu

Saya letak dalam small cupcakes supaya nampak macam kuih raya. Kalau yang selalu saya buat, bentukkan besar-besar.

Bahan-bahan:(untuk anggaran 200 biji)

300gm butter
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung
3/4 cawan cocoa powder
3/4 sudu baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan oats
1 cawan choc chips

-pukul gula,butter sampai kembang
-masukkan esen vanilla
-campurkan semua baki bahan sampai sebati
-bentukkan bulat-bulat kecil dan masukkan dalam cupcakes
-bakar pada suhu 150 degree celcius selama 5-8 minit sahaja.

*biskut ini cepat hangit, so kena sentiasa perhati dalam oven.

0 comments: