Salam
Ini kes mengidam lama dah kek lapis sarawak. Cari-punya cari resipi. Susah rupanya nak buat kek lapis sarawak. Leceh sikit. Patutlah mahal. Lapis-lapisnya pun sgt nipis. Tak macam lapis saya di atas. Haha. Anyway, boleh lah buat makan hilangkan mengidam.
I love the pandan taste!
Bahan-bahannya:
6 biji telur sederhana besar diasingkan putih dan kuningnya
250gm butter-dibahagi dua
1 cawan gula-dibahagi dua
4 sudu susu pekat manis
100gm radix koko atau milo atau vico atau apa-apa sahaja ikut selera (instant mix)
1 senduk biskut digestive/marie yang telah dikisar(lebih kurang 3-4 keping biskut)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan jus pandan(sehelai daun pandan dikisar dalam air dan ditapis)
pewarna hijau
Lapisan Pertama
- Pukul kuning telur sehingga kembang
-Dalam bekas lain, pukul sebahagian butter dan sebahagian gula sehingga putih/kembang
-Campurkan adunan butter dan telur tadi
-Masukkan radix coco,biskut kisar dan gaul sebati
Lapisan Kedua
-Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan baki gula
-Dalam bekas lain, pukul butter dan susu pekat sehingga putih/kembang
-Campurkan kedua adunan di atas.
-Masukkan tepung, gaul sebati, tambahkan jus pandan dan pewarna hijau
-Kukus lapisan pertama selama 10 minit. Pastikan senipis yang mungkin
-Masukkan lapisan kedua, kukus selama 10 minit juga
-Ulangi melapis sehingga adunan habis keduanya.
-Sejukkan didalam peti lebih kurang 4-5 jam. Bila keras dan sejuk baru sedap dipotong dan dimakan..=)
Selamat mencuba.
Jalan-jalan cari makan..^_^
About Me
- Ummu Thana'
- Irbid, Jordan
- Bismillahirrahmanirrahim. I am a 24 year old Dentist,married to a lovely husband and now a full time housewife for approx. one year before I start working. Blog ini direka khas untuk saya berkongsi resipi-resipi yang diambil dari laman-laman masakan dari dalam dan luar negara,diubahsuai sedikit supaya mudah untuk dibuat.Cooking make easy.^_^.Hobi mengisi masa lapang.
Let's Talk Food
Followers
Permulaan hari yang baik. Moga perjalanan hari ini juga baik.
Alhamdulillah, semalam saya berjaya buat apam beras setelah beberapa lama mengidam nak makan. Kebetulan ada tamu datang rumah, jadi saya buat banyak sedikit. Maaf untuk bentuk yang tidak menarik. Hubby tanya kenapa tak buat bulat-bulat2 comel?.Saya tak ada acuan comel, cuma ada loyang bulat sahaja. Jadi saya kukus dalam satu acuan dan potong selepas masak. Alhamdulillah, rasanya sedapp pada mulut saya..=)
Bahan-bahannya:
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan brown sugar
1/3 cawan gula
1 cawan air
1 sudu teh yeast kering
-Kisar nasi dan air sampai hancur lumat tak berketul
-Campur bahan kisar dengan semua baki bahan tadi. Gaul sebati. Perap selama 2-3 jam sehingga adunan naik sekali ganda.(jangan letak dalam peti, biarkan pada suhu bilik)
-sediakan kukusan. Kukus selama 20-25 minit.
-Siap dimakan bersama kelapa dan sedikit garam.=)
Salam!..=)
Semalam teringin nak makan spegetti. Hihi. Tapi still xleh lawan spegetti farah yang pelbagai jenis tu..huhu..anyway, untuk beginner, boleh lah rasanya..=)
Bahan-bahannya:
200gm minced meat
2 biji bawang besar
2 biji tomato
5-6 sudu sos pasta(anything will do)
3-4 sudu tomato puree
1 sudu oregano
1/2 sudu ground black papper
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
-bawang dan tomato dipotong dadu
-tumis bawang sampai garing. Masukkan daging, goreng sampai masak
-masukkan semua sos,gaul sebati
-masukkan oregano,black papper, garam dan gula.
Siap!..mudah bukan.
p/s: Saya tak suka makan direct sos pasta tu sebab rasanya yang terlampau masam dan kurang ikut lidah saya. Sebab tu setiap kali buat spegetti saya akan tumis ikut citarasa..hihi..
-Tambah air ikut kepekatan. Approx 1/2 cawan air.
Agak lama saya menyepi dari mengupdate blog ini. Bukan bermakna tak masak di rumah, cuma sepanjang bulan syawal ini, saya tidak berkesempatan untuk duduk lama di depan komputer. Banyak resipi yang dicuba tak diambil gambar, maka saya tak suka untuk updatekan tanpa gambar. Lain kali lah kalau saya cuba lagi resipi-resipi tersebut, saya ambil gambar dan upload di sini. Hari ini saya teringin untuk mencuba resipi roti yang lembut. Puas hati bila buat sendiri. Disebabkan rumah kami tidak ada breadmaker, jadi saya uli sendiri guna tangan. Nak menguli roti secara manual ini perlu kesabaran lebih. Mahu tergeliat tangan. Paling kurang pun tempoh menguli adalah 30 minit sehingga doh tidak melekat di tangan. Kalau doh masih melekat, nanti dia tidak akan jadi naik gebu dan nampak berketul. Tak menarik. Nantilah bila dah berduit sedikit selepas bekerja nanti, saya nak beli breadmaker. Hihihi.
Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
200ml susu segar
1 biji telur
3 sudu gula
1/2 sudu teh garam
25gm butter(anggaran 1/2 sudu besar)
1 sudu teh yeast kering
-suamkan air susu, masukkan gula,garam dan yeast. Biar seketika dalam 2-3 minit
-masukkan butter,tepung dan telur, gaul sebati
-uli sehingga doh tidak melekat di tangan atau guna breadmaker nak senang
-rehatkan doh selama 30-45 minit.
-bahar pada suhu 150 degree celcius selama 15-20 minit
Untuk kepelbagaian isi atau topping, bolehlah letak ikut suka. Nak bakar begitu sahaja pun sedap.
Gambar di atas, saya letak topping cinnamon:
1 sudu butter
1 sudu cinnamon powder
2 1/2 sudu gula
sedikit kismis ikut suka
ataupun
hotdog-potong dua setelah direbus sehingga masak.
selamat mencuba..=)
Khas buat akhawati yang dah berkali-kali minta dipublish resipi ini. Lepas ini bolehlah buat sendiri kan. ^_^
Ini asalnya puan farah yang buat masa kami di India. Sedap sungguh. Lepas tu terus jadi famous biskut ini ibarat famous amos. huhu
Saya letak dalam small cupcakes supaya nampak macam kuih raya. Kalau yang selalu saya buat, bentukkan besar-besar.
Bahan-bahan:(untuk anggaran 200 biji)
300gm butter
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung
3/4 cawan cocoa powder
3/4 sudu baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan oats
1 cawan choc chips
-pukul gula,butter sampai kembang
-masukkan esen vanilla
-campurkan semua baki bahan sampai sebati
-bentukkan bulat-bulat kecil dan masukkan dalam cupcakes
-bakar pada suhu 150 degree celcius selama 5-8 minit sahaja.
*biskut ini cepat hangit, so kena sentiasa perhati dalam oven.
Alhamdulillah, hari ini dapat buat ccokies lagi. Antara biskut wajib ada untuk hari raya nanti. Biskut cornflakes. Macam-macam jenis ada nanti. Ada yang gaul dengan madu, gaul dengan choc masakan etc. Saya pilih nak buat yang simple je. Yang penting rangup dan sedap.
Bahan-bahannya:(dalam 200 biji)
250gm butter
2 cawan gula(kurgkan sikit kalau tak suka manis)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu baking soda
6 sudu tepung kastard
2 cawan tepung gandum
250gm cornflakes(diramas dengan tangan terlebih dahulu)
small cupcakes secukupnya
choc rice untuk hiasan
-pukul butter,gula dan telur sampai kembang. Campurkan esen vanilla
-Masukkan kesemua baki bahan dan gaul sebati
-Tambah cornflakes,gaul sampai rata
-sendukkan sedikit adunan dalam cupcakes.Separuh cup, kerana biskut akan kembang
-hias dengan choc rice. Bakar pada suhu 150 degree celcius selama 10 minit atau sampai warna bertukar perang.
siap!..=)
Ini pun saya buat semalam. Tapi disebabkan hubby dah ada kuih ketayap dia, karipap ni kurang laku. hihi. =)
Intinya bolehlah diletak apa sahaja ikut suka. Cuma nak kongsi kat sini cara buat kulit karipap yang rangup dan sedap.^_^
bahan-bahan:
275gm tepung
1/4 sudu garam
50gm butter
1 biji telur
125ml air sejuk
-cairkan butter
-gaul tepung,garam dan telur sehingga jadi seperti serbuk roti
-masukkan butter dan gaul sebati sampai jadi crumble
-campurkan air sejuk sedikit demi sedikit,uli sampai adunan tak melekat ditangan
-goreng api kecil sehingga warna bertukar sedikit keperangan.=)
InsyaAllah kulitnya rangup dan sedap.
Bismillah.
Ini juadah berbuka semalam. Kuih favourite hubby. satu pinggan dia seorang je makan.=)
INTI KELAPA
bahan-bahannya:
1 1/2 cawan kelapa parut(saya guna kelapa kering,rendam dalam air dan toskan)
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula halus/castor sugar
1/2 cawan air
-masak gula dan air sampai gula larut
-masukkan kelapa dan gaul lagi sehingga kering dan sebati
-kalau nak tambah wangi,boleh letak daun pandan
KULIT KETAYAP
bahan-bahannya:
1 1/4 cawan tepung
1 biji telur
2 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu
3/4 cawan air
1 sudu teh pewarna hijau
-gaul sebati semua bahan dan tapiskan untuk dapat campuran yang cantik.
Selamat mencuba!..^_^
Bahan-bahan biskut
250gm butter
125gm icing sugar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
50gm serbuk badam/tepung kastard
200gm tepung jagung
300gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 sudu teh baking powder
chopped almond secukupnya yang telah dibakar sedikit terlebih dahulu untuk kerangupan
choc masakan dan choc rice secukupnya
-pukul gula,butter dan telur sampai kembang
-masukkan esen vanilla,pukul lagi
-masukkan kesemua baki bahan-campuran tepung, sedikit demi sedikit sehingga jadi doh tak melekat ditangan
-bentukkan bujur2 kecil dengan diisi almond didalamnya.
-bakar pada suhu 160 degree selama lebih kurang 10-15 minit sampai kaler kuning tukar sedikit brown
-celup dalam coklat masakan dan tabur choc rice untuk hiasan
InsyaAllah resipi ini sedap dan rangup.=)
Bismillah..
Bahang raya sudah semakin hampir. Since dah jadi suri rumah ini, kenalah buat kuih raya serba sedikit kan. Teringin nak makan tat nenas yang sedap. So, cari resipi sendiri dan buat. Alhamdulillah, denga bantuan ukhti Izzah yang menjadi pembantu saya menerap kuih, inilah hasilnya!..=)=)=)
Bahan-bahan jem nenas
1 biji nenas segar
250 gm gula castor
perasa rose
kalau nak letak lemon,cinnamon powder sikit pun boleh,tepulang pada citarasa
-Kisar nenas sampai halus dengan sedikit air
-Masak diatas ricecooker sampai pekat
-Masukkan gula dan perasa rose,biar sampai pekat lagi
-sejukkan dalam botol semalaman.
-untuk dapat color yang lebih gelap, boleh masuk gula awal-awal. Saya nak dapatkan color kuning berkilat, sebab tu masuk gula lambat sikit.=)
Untuk buat doh nenas,
250gm butter
3 1/2 cawan tepung
50 gm icing sugar
1 biji kuning telur
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
-pukul gula,butter dan telur sampai kembang. Masukkan esen vanilla.
-campurkan tepung yang telah diayak gaul sebati
-uli dan terap ikut citarasa,letak sedikit nenas danglaze dengan sedikit telur yang telah dipukul.
-bakar pada suhu 160 degree celcius selama 10 minit sahaja.
=)=)=)
Pada hari kejadian, gas dah habis dirumah. Lepas fikir, kena buat sesuatu yang boleh dibakar. Since dah lama tak makan ayam percik, saya pun buatlah. Simple je sebab barang terhad. Alhamdulillah, sedap!..=)
bahan-bahannya:
ayam 3-4 ketul sederhana besar
200ml santan
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu tepung beras
3/4 tangkai cili kering
-Saya blend semua bahan untuk kuah kecuali santan
-Perap dalam setengah jam ke satu jam
-Masukkan santan dan ayam, gaul sebati. Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 40-50 minit sampai terbakar sikit atasnya
makan dengan nasi panas masa berbuka..=)
Ini kes dah beberapa hari tak ambil gambar dan dah beberapa hari malas update dalam blog. Ampun kia,syamimah dan sume2 yg dah balik cuti beraya di Malaysia. Bestnya dan jelesnya.
Ada satu hari tu(tak igt bila) saya buat kuih lapis. Tapi sebab santan kat sini mahal dan saya kena guna seminima mungkin, rasanya kurang lemak sedikit. Anyway, boleh lah buat juadah berbuka/moreh. Senang je pun buatnya
Bahan-bahan:
A
300gm gula pasir
200ml santan pekat
250ml air+sedikit garam
B
150gm tepung beras
150gm tepung ubi
20gm tepung pulut
300ml santan pekat
150ml air
C
pewarna merah,biru
-Masak bahan A pada api perlahan sehingga gula cair. Jangan sampai santan pecah
-Gaul sebati bahan B dan masukkan bahan A kedalamnya.
-Aduanan dibahagi dua atau berapa sahaja ikut warna yang anda inginkan.Letak pewarna satu sudu teh dan gaul sebati
-kukus lapis selepas lapis. Setiap lapis anggaran 10 minit.Pastikan lapisan sebelum dah masak sebelum dituang adunan baru, jika tidak dia akan pecah dan mencacatkan lapisan.
Selamat mencuba!..=)