Alhamdulillah,ramadhan tinggal beberapa jam sahaja lagi. Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Apa persediaan jasmani dan rohani kita untuk menghadapi ramadhan?.Sama-sama muhasabah. Rebut peluang yang ada sebaiknya. InsyaAllah
Resipi kali ini dah lama buat. Beberapa hari lepas masa kawan-kawan hubby datang bertandang ke rumah. Resipi turun-temurun dari mak usu saya. Setiap kali raya, kek ini kekwajib untuk dibuat. Kadang-kadang tu buat sampai nak termuntah rasa, tapi bila makan tak boleh stop pulak. Hihi. InsyaAllah dijamin sedap sebab ada juga mendapat tempahan kecil-kecilan di Malaysia untuk kek ini.
Disebabkan mak usu saya yang bagi resipi, maka dalam buku resipi ummi, ditulis sebagai-kek choc moist mak usu..hihi..=)
Bahan-bahan kek:
150gm butter
300gm castor sugar
200gm tepung
70gm cocoa powder
3biji telur
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar baking soda
1 cawan(250-300ml) susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan gula bersama butter di atas api kecil.
2. Ayak tepung,baking powder,baking soda dan cocoa powder
3. Masukkan gula dan buuter yang telah di cairkan dalam campuran tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan telur, gaul sebati
5. Masukkan susu dan esen vanilla
6.Bakar pada suhu 170 degree celcius selama 30-40 minit
Untuk gambar di atas, saya tidak buat topping dia, letak icing sugar sahaja sebab bahan tak ada dirumah. Cuma yang selalu kami buat di Malaysia, ada topping yang menyelerakan.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair(450-475ml)
1 cawan icing sugar
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan cocoa powder
Cara:
1. Masak kesemua bahan di atas api kecil sehingga pekat
2. Letak atas kek dan hias dengan choc rice atau kacang2 atau apa-apa sahaja ikut suka..=)
Selamat mencuba!..
Jalan-jalan cari makan..^_^
About Me
- Ummu Thana'
- Irbid, Jordan
- Bismillahirrahmanirrahim. I am a 24 year old Dentist,married to a lovely husband and now a full time housewife for approx. one year before I start working. Blog ini direka khas untuk saya berkongsi resipi-resipi yang diambil dari laman-laman masakan dari dalam dan luar negara,diubahsuai sedikit supaya mudah untuk dibuat.Cooking make easy.^_^.Hobi mengisi masa lapang.
Let's Talk Food
Followers
Dalam peti sejuk ada fish fillet. Ini sahaja jenis ikan yang ada di jordan. Yang murah ok. Di sini tiada ikan fresh. Semua fozen. Susah dapat agaknya. So, semalam masak sweet and sour fish.
Bahan-bahan:
1 big slice fish fillet dipotong kecil
Marinade dengan;
1 biji putih telur
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh garam
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 biji cili merah dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar sos ikan(optional, saya suka letak)
1 sudu besar lemon jus
3 1/2 sudu besar sos(nak guna sos cili pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan dalam 1 cawan air
1/2 biji tomato dipotong baju untuk hiasan
Cara-cara:
1.Goreng ikan sehingga garing, ketepikan
2.Tumis bawang, halia, bawang putih, cili merah
3.MAsukkan sos,sos ikan, air,gula,garam,lemon jus,masak sampai pekat
4.Masukkan tomato dan akhir sekali ikan yang telah digoreng.
Sedap makan dengan nasi panas..=)
Selamat mencuba!
Jom kita buat cookies pula!..saya ni mudah mengidam macam-macam bila dah duduk rumah sorang-sorang. Kalau dulu masa belajar, malas betul nak buat. Balik kelas dah penat. Unless tiba-tiba hari itu tension semacam, barulah masuk dapur dung-dang-dung masak something. Hazimah memang dah tahu dah tabiat saya ni..hihi..
resipi ini saya ambil again from Nigella.com.Obsess betul dengan beliau. Hampir setiap hari tengok travel and living rancangan dia. Setiap kali tengok,setiap kali itu juga terliur..^_^..
Oh tidak!..tetiba rindu choc oatmeal cookies farah dengan brownies farah yang sgt sedapp itu!..
Bahan-bahannya.(make approx 26-30 cookies,depends pada size)
100gm butter
150gm brown sugar
1 teaspoon vanilla
1 egg
35gm cocoa powder
1/2 teaspoon baking powder
50gm chopped/sliced almond
Cara-cara:
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur,vanilla esen, pukul lagi
3. Masukkan tepung, baking powder, cocoa, gaul sebati
4. Masukkan almond
5. Bakar pada suhu 150 degree celcius selama 10 minit sahaja. Sentiasa tengok, sebab biskut senang hangit kalau bakar lama-lama
6. Tunggu sejuk baru alihkan dari baking tin. Bila sejuk baru dia keras
Nyum..nyum..
Saja nak melainkan cara buat apple pie. Kalau sebelum ini asik buat apple crumble aja sampai hubby dah bosan. Dia pun reti buat sendiri tanpa perlu guidance dari saya. Nak buat apple pie, minggu lepas sahaja dah dua kali makan pie. So, saya cakap kat hubby, nak cari resipi lain based on apple. Jalan-jalan jumpa website resipi on no crust apple pie. Ini sudah bagus. Sebab resipi dia sangat mudah, nak buat apatah lagi. Kiranya persediaan untuk alam bekerja la nnt. Kalau kerja sibuk, pasti tak ada masa nak buat pie crust,walaupun boleh beli, tapi kalau dapat buat semua sendiri kan lagi menarik. So saya cuba resipi ini. Alhamdulillah, rasanya lebih kurang macam apple crumble yang selalu saya buat kata hubby, tapi bentuk dia je lain.
Bahan-bahannya:
2 biji epal-I used green apple, kalau nak guna red apple pun boleh, cuma kurangkan sukatan gula by 2-3 tablespoons nanti.
4 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh cinnamon powder
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan tepung
Cara-cara:
1.Kupas kulit epal, buang biji dan hiris nipis. Set aside
2. Campurkan kesemua bahan-bahan lain dan gaul sebati
3. Masukkan epal, gaul dan letak dalam baking tin. Siap untuk dibakar!
4. Bakar pada suhu 150 degree celcius selama 15-20 minit
Sedap untuk makan panas2 dengan ice-cream atau whipped cream. Nyum nyum..=)
Semalam teringin nak beli pisang. Dalam kepala nak buat jemput-jemput pisang untuk sarapan pagi hari ini. Masa beli tak perasan rupa pisang tu sebab sibuk ambil barang lain, org kedai tu ambilkan,timbang dan masuk dalam plastik terus. Balik rumah, rupanya tiga biji pisang dah lembik. Terlebih masak. Dah malam sangat nak masak semalam, so letak dulu dalam peti sejuk. Pagi ini terlupa ada pisang, buat sarapan lain untuk hubby. Bila nak masak untuk tengahari baru perasan ada pisang. So, terus rasa nak buat kek pisang special untuk hubby minum petang. Apa lagi, terus pergi ke website Nigella.com sebab ada resipi banana muffin yang boleh modify jadi kek. Hehe..^_^..
Inilah hasilnya:
Bahan-bahan:
4 biji pisang sederhana besar(yg terlebih masak)
125ml minyak sayuran-saya guna sunflower oil
2 biji telur
250gm tepung
100gm gula kastor
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
50gm walnut-sebab saya suka kacang
50gm chopped cooking choc/choco chips
Cara-cara:
1.Pukul telur, gula dan minyak sehingga kembang
2.Campurkan tepung,baking soda dan baking powder
3. Campurkan pisang yang telah dilenyekkan. Gaul sebati
4. Masukkan walnut dan choco chips.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 20-30 minit
Maaflah, sepanjang-panjang post saya, gambar semua kurang menarik. Huhu. Sebab saya tak reti ambil gambar cantik-cantik. Cuma nak tunjukkan hasilnya. Nak tukar selera masakan ayam, saya cuba cari resipi ayam bakar. Kali ini jumpa pula satu resipi katanya ala-ala Kenny Rogers punya ayam bakar. Apa lagi, teruslah rasa nak cuba. Alhamdulillah, rasanya balck peppernya lebih kurg mcm Kenny Rogers. Hihihi..=)
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula perang/madu
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu jintan manis
Cara-cara:
1. Kisar bawang besar,bawang putih,halia,jintan putih,jintan manis
2. Gaulkan bahan kisar bersama ayam yang telah dibersihkan. Masukkan kesemua baki bahan-bahan di atas. Gaul sebati
3. Perap selama 2-3 jam. Lagi lama lagi sedap
4. Bakar pada suhu 170 degree selama 20-25 minit
Makan dengan mashed potato, coleslaw ataupun nasi panas!..dijamin sedapp..=)
Alhamdulillah. Hari ini ada tamu datang rumah. Nak lah masak special sedikit. Tengok internet website kegemaran Nigella.com, jumpa resipi kek ni. Terus rasa nak cuba. Nampak macam sedap.
Buat pun senang aje. Tak ada cara yang komplikated.
Saya adjust sedikit sebab tak ada sour cream. So saya ganti dengan susu segar. Instead of choc chips, saya ganti dengan chopped almond dan chopped cooking chocolate. So, here it is;
Bahan-bahan kek:
200 gm tepung
50gm cocoa powder
1/2 sudu teh baking soda
275gm gula kastor
175gm butter
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
100ml susu segar
125ml air panas(yg mendidih,bukan suam-suam kuku)
50gm chopped almond
50gm cooking choc chopped
Cara-cara:
1. Pukul butter, gula, telur sampai kembang
2. Masukkan esen vanilla
3. Tambahkan susu dan gaul sebati
4. Tambahkan tepung,baking soda dan cocoa powder, kacau sebati sampai fluffy
5. Tambahkan air panas sambil adunan dipukul perlahan
6. Masukkan choc dan almond
7. Bakar pada suhu 170 degrees selama 1 jam
Lepas kek siap dimasak, boleh mula untuk buat choc syrup untuk diletak dia atas kek seperti berikut;
Bahan-bahan choc syrup:
1 sudu besar cocoa powder
125ml air
100gm castor sugar
Cara-cara:
1. Masak kesemua bahan sehingga menjadi seperti caramel
2. Tuangkan atas kek yang telah dibakar tadi.
3. Taburkan hiasan diatas syrup ikut suka-saya letak chopped walnut sebab saya suka kacang..=)

