08:06

Creamy Chicken Soup



Bismillah.

Kelmarin saya ada beli croissant. Jadi untuk selarikan selera, saya terfikir untuk buat creamy chicken soup. Resipi ini saya agak-agak je. Since umi pernah cakap dulu cara buat creamy mushroom soup. Cuma saya tak pernah lah cuba nak buat sampailah ke kelmarin.

Bahan-bahan(untuk 10 org makan):

2 keping dada ayam-dipotong dadu kecil
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang carrot-dipotng dadu kecil
1 biji ketang-dipotong dadu kecil
1/2 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan mushroom dalam tin-dihiris nipis
1 kiub pati ayam
4 cawan tepung gandum-bancuh dalam air
1/2 cawan susu cair
1 sudu serbuk lada putih
1 sudu oregano-optional
air secukupnya

-tumis bawang sampai garing. Masukkan ayam dan goreng sampai masak.
-tambahkan air dan masukkan sayuran. Renih sampai empuk. Masukkan kiub pati ayam, kacau sebati.
-bila sayuran dah empuk, masukkan bancuhan tepung dan susu cair. Kacau sampai pekat. Masukkan serbuk lada putih dan oregano.
-sesuaikan rasa dengan sedikit garam.

Rasanya macam mushroom soup di pizza hut. Jadi tak perlu pergi pizza hut nak makan soup atau beli yang diawet dalam tin!..hihi..

Selamat mencuba..=)

07:52

Cucur pisang


Bismillah..

Ha, inilah hasilnya kepada lebihan pisang yang hubby beli banyak-banyak tu. Masa buat ni, memang pisang dah lebam-lebam dan tak layak untuk digoreng. Hihi. Mula-mula ingatkan tak mahu masuk dalam blog sebab macam simple sangat buat cucur pisang. Tapi hubby suruh. Anyway, ada petua untuk pastikan cucur kita bulat cantik tanpa menggerutu.

Perap pisang yang telah dilecek dengan gula perang dan gula biasa selama lebih kuran 2-3 jam. Cuma biarkan dalam bekas bertutup. Lepas tu baru masukkan campuran lain.

Bahan-bahan untuk cucur pisang ini saya agak-agak je.

pisang yang dah masak
tepung gandum
sedikit soda bikarbonat-selalunya dalam 1/2 ke 1 sudu teh sahaja
1 biji telur
gula perang
gula putih

-tambah tepung sehingga adunan boleh dibentuk dengan jari untuk menggoreng. tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.

Hubby suka makan dengan cili kicap. Tu yang saya buatkan dia cili kicap. Beza cili kicap untuk makan dengan pisang goreng atau keledek goreng adalah gula tu tambah lebih sikit supaya rasa manis tu timbul. Kalau untuk makan dengan bihun sup atau soto, tak perlu tambah gula.

Selamat mecuba!..=)

07:39

Cucur Badak

Bismillah..

Beberapa hari lepas juga hubby balik rumah dari kelas bawak dua plastik penuh dengan keledek dan pisang. Katanya nak makan keledek dan pisang goreng. Tapi belinya sampai 2kg setiap satu jenis!.Kenalah fikir cara lain untuk menghabiskan stok pisang dan keledek kat rumah. Takkan hari-hari nak goreng. Pisang dahla tak boleh tahan lama. Jadi saya buat kuih ini, cucur badak menggunakan keledek..=)

Inti kelapa pedas:

Saya kurang suka kalau terlampau pedas, sebab tu warna dia malap-malap je. He He

Bahan-bahan untuk inti(boleh digunakan untuk dua kali adunan doh):

2 1/2 cawan kelapa parut/kelapa kering
1 batang serai
2 sudu besar udang kering
3 angkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 keping asam keping(kecil sahaja)
garam dan gula

-rendam udang kering sampai kembang
-kisar bawang,cili kering,serai dan udang sampai betul-betul hancur
-tumis bahan kisar sampai kering bersama asam keping,sesuaikan rasa dengan garam dan gula
-masukkan kelapa parut/kelapa kering dan gaul sebati.



Ini pula doh untuk kuih cucur badak. Doh ini memang akan lembik, tak perlu risau untuk tambah tepung. Memang akan melekat di tangan sedikit.

Bahan-bahannya(untuk 30 ketul)

750gm keledek
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi

-rebus keledek sampai empuk,toskan dan lecek sampai hancur semasa masih panas. Biarkan sejuk seketika
-tambahkan tepung ubi dan tepung gandum, gaul sebati.
-bentukkan bulat-bulat dan letak inti kelapa di dalam seperti dibawah;



Goreng sampai warna perang. Sangat kenyal dan lembut..=)

07:28

Roti Canai

Bismillahirrahmanirrahim

Beberapa hari blogspot tak boleh nak buka. Kenapa entah. Banyak resipi tergendala untuk diupload. Minggu lepas terasa nak buat roti canai. Sebelum ni pernah mencuba tapi agak keras dan tak kenyal. Jadi kali ini saya cari resipi yang betul-betul meyakinkan. Hasilnya Alhamdulillah, sedap dan kenyal. Teringat Malaysia..=)

Buat roti canai sendiri tak susah. Sangat mudah. Cuma perlu rajin ke dapur sahaja..^_^

Bahan-bahan untuk lebih kurang 12 keping roti canai:

3 cawan tepung
2 sudu besar susu pekat
50gm butter/2 sudu besar
secubit garam
1 cawan air

butter/margerin untuk perap

-cairkan butter,masukkan dalam tepung dan gaul menjadi umpama serbuk roti. Masukkan susu pekat dan garam. Gaul sebati lagi.
-Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil adunan diuli sampai tidak meleka di tangan dan licin.
-rehatkan doh selama 1/2 jam. Bentukkan bulat-bulat kecil dan balut dengan butter setiap ketul supaya tidak melekat antara satu sama lain. Perap sekurang-kurangnya 3 jam unuk pastikan doh kenyal. Tutup dengan kain basah.
-Untuk mencanai, saya gunakan belakang dulang yang agak besar dan tarik-tarik sehingga nipis dan lipat menjadi bentuk empat segi. Kalau perapan mencukupi, doh memang takkan terkoyak bila ditarik.
-Goreng dan makan panas-panas. Hidangkan bersama kari atau sambal ikan bilis. Mengancam!..=)

Selamat mencuba..

10:58

Ribs Kambing Bakar


Bismillahirrahmanirrahim

Ini pula lunch hubby hari ini. Saya memang tak minat kambing. Hubby yg teringin sangat nak makan ribs bila ternampak ribs kat C-Town. Padah ternampak, kalau tak nampak tak teringin. Hihi. Entahla. Jadi saya pun bakarkan ribs kambing ini untuk hubby. Alhamdulillah, hubby kata sedap sampai dia makan 4 ketul ribs besar tu dia sahaja. =)

Bahan-bahan perap:


1 kg ribs atau 8 ketul ribs
3/4 cawan gula perang-kalau tak suka rasa manis, boleh kurgkan
1 sudu serbuk lada hitam
2 1/2 sudu serbuk kari ayam
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
1 sudu ketumbar
1/2 sudu oregano-optional
6 sudu kicap
2 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air

-kisar bawang2 dan jintan2 sampai halus dengan 1/2 cawan air
-gaul bahan kisar dan semua baki bahan tadi bersama ribs sampai sebati.
-Perap dalam 2-3 jam. Lagi lama lagi sedap,macam biasa
-Air dari ribs akan keluar, jadi jangan risau kalau bahan perap jadi cair.
-Masak atas dapur sampai kuah pekat dan ribs separa masak.
-Ambil ribs sahaja, bakar dalam oven pada suhu 160 degree celcius selama 30 minit
-Kuah tadi ditapis supaya nampak cantik,jadi gravy
-makan panas-panas!

Dijamin menjilat jari..^_^

10:49

Muffin Pandan dan Kelapa



Bismillahirrahmanirrahim.

Saya suka bau pandan dan kelapa!..memang melayu jati kut..hihi. Semalam punyalah fikir nak buat apa untuk minum petang hubby, disebabkan baru beli cupcakes,jadi saya terfikir nak buat muffin. So, carilah resipi muffin yg belum cuba. Jumpa resipi ini. Sangat sedap!..^_^.

Bahan-bahan untuk 9 muffins:

1 1/2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1/4 cawan kelapa kering-kalau suka lebih, lebihkan sikit
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula
1 cawan jus pandan-2 helai daun pandan, kisar dengan air dan tapis
25gm serbuk santan segera
1/4 cawan minyak sayuran
pewarna hijau
chocolate rice-hiasan/optional

-ayak tepung dan baking powder. Gaul bersama kelapa kering
-Kisar minyak,serbuk santan,jus pandan,gula dan garam
-Masukkan bahan kisar dalam adunan tepung, gaul sebati.
-Serikan dengan 1/2 sudu teh pewarna hijau
-hias dengan chocolate rice
-bakar pada suhu 15o degree celcius selama 15-20 minit

Siap!..^_^

10:35

Bun Kentang

Bismillahirrahmanirrahim.

Roti ini sangat nostalgia. Ayah sangat suka makan roti kentang ni. Kalau pergi bakery atau pergi pasaraya besar, mesti beli roti ni. Di India dan Jordan mestilah tak ada jual kan. Jadi kena buat sendiri. Percubaan pertama saya agak xbes, sebab xlembut sgt dan terbakar hangit. Hihi. Kesian akhawat..^-^..Jadi, untuk dapatkan adunan yg lembut dan gebu, sila ikut resipi di bawah betul-betul. Kalau boleh jangan adjust suka hati mcm saya ni..memandai je..

Bahan-bahannya:(12 bun)

250gm tepung
70gm kentang
120ml susu
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar gula(kalau nk manis lebih, tambah lg 2 sudu)
2 sudu besar butter
1 sudu teh yis
1 biji telur-size sederhana

Topping kastard

1 cawan susu
2 sudu tepung kastard
3 sudu gula

-rebus kentang dan kisar dgn sebahagian susu sampai hancur
-suamkan baki susu, masukkan yis, gula, butter
-tambahkan tepung dan tepung susu,gaul sebati,masukkan telur dan kentang kisar.
-Uli sampai tak melekat di tgn. Adunan akan lembik
-Rehatkan doh sampai naik sekali ganda
-Bulat-bulat kecilkan. Sapu tgn dengan butter supaya doh tak melekat di tgn dan licin
-Hias dengan kastard. Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 20-25 minit/warna sedikit keperangan.
-Sedap makan panas-panas

Selamat mencuba!..=)