Seingat saya sejak dari kecil sampai besar, laksa yang umi selalu masak hanyalah laksa johor. Umi orang johor and that explains why only laksa johor she ever tried. Sebelum nak buat laksa masa open house hari tu, saya call umi tanya cara dan bahan. Umi kata dia pun ikut resipi lama-lama which has been lost somewhere dia tak ingat. So, saya cari sendiri resipi internet yang cakap 'laksa johor ori'.
Ikan rebus kisar dan rempah kari
Bahan-bahan yang diperlukan(untuk 4-5 org makan)
Bahan A
300gm ikan (anything will do)
20gm udang kering( 1 1/2 sudu besar)
2 cawan air
Bahan B
1 1/2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
1/2 inci halia
1 ulas bawang putih
1/2 sudu teh rempah kunyit
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
Bahan C
1 batang serai dihiris
1 batang bunga kantan dihiris
segenggam daun kesum
Bahan D
2 sudu serbuk kari ayam(di bancuh dalam sedikit air)
2 sudu besar kerisik
100 ml santan pekat( 1/2 cawan)
1 keping asam keping
Bahan hiasan
bawang dihiris nipis
timun
-Rebus bahan A sampai ikan masak,toskan ikan dan udang kering,air rebusan jangan buang.
-Buang tulang ikan,kisar isi ikan dan udang kering dengan sedikit air rebusan ikan sampai lumat
-Kisar semua bahan B sampai lumat, tumis dalam sedikit minyak sampai agak kering. Masukkan rempah kari dan bahan C. Tumis lagi sampai naik bau.
-Masukkan ikan kisar tadi bersama lebihan air rebusan ikan. Kacau sebati
-Bila dah mendidih, masukkan asam keping, kerisik dan santan. Kacau sebati
-Tambah garam secukup rasa.
Makan bersama spegetti..=)..sedap dimakan semasa masih panas.

1 comments:
Mak cik..timun xde la...
Post a Comment