07:30

Kuih Lopes


Dulu masa di Malaysia saya sukan sangat makan kuih ini. Beli dari pasar malam. Selama ini tak terfikir pun nak buat sendiri. Bila tengok cara dan resipi kuih ini, rasa macam sangat senang nak buat. Tapi bila dah cuba, agak technique sensitif rupanya.Tapi ok lah. Tak sesusah mana. Hasilnya terlepas rindu pada kuih ini. He He He

Bahan-Bahannya:(untuk 3-4 org makan)

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
sedikit garam
pewarna hijau
kelapa parut

-Rendam beras pulut dalam pewarna hijau sekurang-kurangnya 2-3 jam sehingga beras bertukar warna merah.
-kukus dengan santan dan garam selama 20-30 minit. Kacau dari semasa ke semasa untuk pastikan semua beras masak
-sejukkan sedikit dan bentukkan ikut suka
-balut dengan kelapa parut
-makan bersama air gula merah semasa kuih sejuk lagi sedap.Baru keluar dari peti sejuk. Yummy!

Air Gula Merah

1 cawan gula perang
1 cawan gula biasa
2 cawan air
sehelai daun pandan

-masak sehingga air mendidih
-Sejukkan


Selamat mencuba!..=)

2 comments:

Nabilah said...

kak mus, mana nak cari beras pulut kat irbed ni? ade jual eh?

Ummu Thana' said...

akak beli beras diamond tu..pastu tambah tepung pulut..pastu lebihkan air..adjust juga..=)