01:23

Nasi goreng belacan


Bismillahirrahmanirrahim

Semalam teringin nak makan nasi goreng belacan ni. Maka excitedla saya memasak nasi khas untuk buat nasi goreng. hihi.

Bahan-bahan:(3 org makan)

2 mangkuk nasi

kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 ibu jari belacan
5 biji cili kering-kalau nak pedas tambah lagi
1 sudu udang kering

1 biji telur dipukul sedikit untuk rencah
3 sudu ikan bilis-digoreng terlebih dahulu
1 sudu kicap manis
garam dan gula secukup rasa

-tumis bahan kisar sampai kering, masukkan telur dan goreng sampai masak
-tambahkan garam dan gula serta kicap secukup rasa
-masukkan nasi dan gaul sebati.
-akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Gaul selepas api ditutup
-hidangkan panas-panas dengan telur goreng dan timun!=)

Selamat mencuba..^_^

01:14

Caramel sponge cake


Bismillah.

Ini saja suka-suka buat jenis macam ini. Sekali hubby makan, dia ambil yang atas je, yang bawah tu dia kata kacau rasa caramel. Aiseh. Hehe. =)

Anyway, caramel pudding agak senang nak buat sebenarnya.

Bahan-bahan untuk gula hangus:

120gm gula castor
2 sudu air kacau bersama gula
4 sudu air masukkan selepas gula pekat dan bertukar perang(sebelum masukkan, pastikan api dah tutup)

-terus tuang dalam loyang lepas kacau,jangan tunggu pudding siap

Bahan-bahan untuk pudding:

4 biji telur
70gm gula
500ml susu
esen vanilla

-kacau sebati je semua,tuang atas caramel dalam loyang

Bahan-bahan untuk sponge cake

2 biji telur(kuning dan putih asingkan)
60gm icing sugar
70gm tepung
20gm butter-cairkan siap2
sedikit pewarna hijau-optional

-pukul putih telur dengan separuh gula sampai kembang,ketepikan
-pukul kuning telur dengan separuh lagi gula sampai kembang juga, masukkan dalam putih telur tadi. Gaul sebati.
-Tambahkan tepung,gaul sebati, masukkan butter dan kacau lagi. Mesti sehala sahaja adunan digaul. Gaul secara kaup balik. Masukkan pewarna hijau dan gaul sebati.
-letak atas pudding, adunan kek ini akan timbul

-Bakar dalam water bath dan ditutup dengan aluminium foil selama 40 minit pada suhu 150 degree celcius.

Bila adunan dah sejuk bari terbalikkan. Nak makan sejuk-sejuk pun sedap..

Selamat mencuba!..=)

01:05

Nasi Ayam


Bismillah.

Dah lama saya tak masak nasi ayam untuk hubby. Nasi ayam ini simple sahaja. =)

Bahan-bahan untuk nasi(4-5 org makan)

2 1/2 cawan beras
3 cawan air stok ayam(rebus ayam dan guna airnya, dah ditambah garam)
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai-diketuk
1 helai daun pandan-disimpul

Bahan untuk ayam kicap:

Ayam yang telah direbus di keluarkan dan ditoskan
1/2 cawan kicap pekat manis
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu gula perang

-goreng ayam sekejap sahaja sekadar untuk mendapatkan warna hitam melekat pada ayam

Bahan untuk sambal nasi ayam:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu cili boh
2 sudu sos tomato
air,garam dan gula secukupnya

-kisar bawang,tumis sampai kering dan naik bau, masukkan cili boh, tumis lagi, tambahkan sos tomato.
-masukkan air, garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sup ayam:

ayam
air
bawang besar
bawang putih
halia
rempah 4 beradik

-tumis bawang dan rempah 4 beradik sampai naik bau. Kalau suka, nak letak sup bunjut pun ok. tak ada pun xpe.
-Rebus ayam sampai masak, separuh air ayam guna untuk masak nasi, bakinya untuk kuah nasi.

Hidangkan dengan timun dan tomato.

Selamat mencuba!...=)

00:54

Rendang Daging

Abaikan minyak tu..hihi

Bismillah.

Hehe,rendang ini terlewat masak. tiga hari selepas raya haji, baru saya dapat masak rendang ini memandangkan sepanjang raya haji tu, jadual saya penuh dengan bermacam-macam aktiviti. Kesian hubby dapat makan rendang lewat. Since kami dapat daging korban, saya tak terfikir nak masak benda lain melainkan rendang daging untuk hubby makan dengan lemang instant. =)

Buat rendang ini kalau sedikit, tak leceh, cuma tempoh memasak agak lama. Kalau buat banyak memang memenatkan. huhu

Bahan-bahannya:

2 kg daging lembu-saya campur daging korban dan tak korban

kisar halus:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 batang cili kering
1 sudu besar serbuk kunyit
1 batang serai dihiris nipis
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

3 sudu rempah kurma-bancuh dalam sedikit air

4 sudu kerisik
400 ml santan pekat

daun limau purut
daun kunyit

2 cawan air

gula perang dan garam secukup rasa

-tumis bahan kisar sampai naik bau dan agak kering. Masukkan rempah kurma,gaul sebati
-Tambahkan daging dan 3 cawan air. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit yang dah dihiris nipis,biarkan sampai kuah pekat dan daging empuk. Kalau daging tak empuk lagi, tambahkan sedikit air dan biar kembali pekat/kering
-Sebelum kuah betul-betul pekat, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa
-Gaul sampai kering(saya ambil masa lebih kurang 3-4 jam)

Hidangkan dengan ketupat/nasi impit/lemang..=)..nak makan dgn nasi putih pun ok..^_^

00:43

Mee Kari



Bismillahirrahmanirrahim

Agak lama blog ini tidak berupdate. Sibuk sejak raya sampailah menghabiskan cuti hubby dengan berjalan di Aqabah dan Laut Mati. Alhamdulillah. Seronok menghabiskan masa berkualiti bersama.

Resipi ini saya cuba pada malam hari raya Aidil Adha. hehe. Alhamdulillah menjadi. Saya sebenarnya menghadapi masalah untuk memasak kari yang sedap ikut selera hubby, tapi bila saya buat mee kari ini, hubby makan 3 pinggan, kira lulus lah tu kan?

Bahan-bahannya(untuk hidangan 5-6 orang)

kisar halus;
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar

1/2 biji bawang besar hiris nipis
3 sudu daun kari
rempah 4 beradik-bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga

2 sudu cili boh-kalau nak pedas, tambah lagi sikit
4 sudu rempah kari-dibancuh dalam sedikit air
1 keping asam keping
100 ml santan pekat

kobis,karot,kentang ikut suka

air (Dalam 5/6 cawan) dan garam secukup rasa

-tumis rempah 4 beradik, daun kari dengan bawang yg telah dihiris hingga naik bau
-masukkan bahan yang telah dikisar halus, tumis sampai kering
-masukkan rempah kari, kacau sampai sebati dan kering
-masukkan sayuran dan air,renih sampai empuk
-tambahkan garam secukup rasa
-akhir sekali masukkan santan sejurus sebelum api ditutup. Kacau sebati.
-hidangkan panas-panas dengan telur rebus, timun dan bawang goreng kalau ada..=)

selamat mencuba!..=)

08:51

Kuih Keria


Bismillah.

Inilah dia, hasil lagi untuk melangsaikan keledek di dapur. Hehe. Buat kueh keria pulak. Pertama kali cuba. Alhamdulillah menjadi. Sebenarnya adunan dialebih kurang macam nak buat kulit cucur badak.

Gambar kat atas tu banyak sebab ada tamu nak datang, jadi saya habiskan semua keledek buat kuih keria.

Bahan-bahan(untuk 40 keping kecil):

850gm keledek
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi

1 cawan gula
1/3 cawan air

-rebus keledek sampai empuk. lecekkan dan sejukkan
-gaul dengan tepung gandum dan tepung ubi sampai sebati
-bentukkan bulat kecil, tekan tengah dan bentukkan macam donut
-goreng sampai perang

Untuk gaulan gula

-masak gula dan air sampai berbuih.
-masukkan keria yang dah digoreng,gaul sampai gula pekat dan kering
-tutup api dan angkat

siap!..mudah je buat keria..=)

08:20

Lasagne turun-temurun

Bismillah

Dah lama sangat-sangat tak buat lasagne. Alasan sebab bahan-bahannya agak mahal. Lagi mahal dari cheesecake. Patutla lasagne tak ada jual di warung-warung atau pasar malam. Hu Hu.

Resipi ini turun-temurun dari umi. Umi memang sangat rajin buat lasagne di rumah. Since lasagne ni nampak macam complicated, saya tunjukkan step by step macam mana nak buat supaya slices nampak cantik berlapis. Gambar di atas tak cukup sejuk hubby dah suruh ambil nak makan, sebab tu dia macam berair sikit. =)

Sos putih:

150gm butter
5 sudu tepung gandum
200ml susu cair
2 cawan air

-cairkan butter,masukkan tepung,gaul sebati,tambah susu cair,gaul sebati lagi, tambah air dan kacau sampai likat.

Inti daging:

400gm daging kisar-minced meat
3 biji bawang besar-dipotong dadu
3 biji tomato-dipotong dadu
chopped mushroom-optional
5 sudu sos pasta
3 sudu tomato puree/tomato paste
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu oregano
garam dan gula

-tumis bawang sampai garing, masukkan daging,goreng sampai masak. Masukkan tomato dan mushroom.
-tambah sos pasta dan tomato puree,gaul sebati. Masukkan serbuk lada hitam,lada putih dan oregano.
-sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
-pastikan tidak terlalu cair dan berminyak


Step untuk melapiskan lasagne

1. Lapisan paling bawah letak kuah daging, sos putih dan cheese. Tutup dengan lasagne dan lapiskan berulang-ulang sampai semua bahan habis.


2. Lapisan paling atas pastikan adalah sos putih. Letak sedikit kuah daging untuk hiasan.

3. Bakar pada suhu 160 degree celcius selama 25 minit sampai keperangan.

4. Keluarkan dan taburkan cheese. Bakar lagi selama 5 minit

6. Hasil yang terlebih masa bakar. He he he..

Petua: Biarkan sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam. Baru dapat potongan cantik nampak lapisan lasagne itu.

Selamat mencuba!..=)