As for breakfast, teringin nak makan nasi lemak. Hopefully badan tak cepat naik dengan masakan yang pelbagai ni. Baru beberapa hari duduk sini, dah macam-macam masaknya.Kelmarin shopping barang-barang dapur dengan hubby di C-town, Arabella Mall. Tertarik dengan banyaknya pilihan di situ. siap ada ready made crust dengan puff pastry. Dalam kepala dah terfikir nak buat macam-macam. Tapi tak boleh tamak. Nanti bila betul-betul nak buat baru beli. Beli barang-barang basic pun dah banyak spend duit. Bezanya India(tempat saya study dulu) dengan di sini, kalau di India, nak beli barang dapur memang tak tengok harga. Berkenan terus ambil. Bayar je. Sekarang kena compare dan tengok mana yang paling murah. Kalau tak perlu tak boleh nak ambil. Hubby geleng kepala. He he he.
Nasi di atas cara nak buat dia sangat mudah. Kalau guna rice cooker lagi mudah. Campak semua bahan dan tunggu hingga masak. Kalau nak masak atas dapur pun ok, cumakena pastikan air tak kurang dan nasi tak mentah atau hangit. =).Ni resipi untuk dua org.
bahan-bahannya:
1 1/2 cawan beras
3 cawan air
1/2 cawan santan pekat
secubit garam
daun pandan
1/2 inci halia dihiris nipis-saya suka letak halia untuk lebih naik bau nasi lemak.
Nak buat sambal pula, ini resipi dari umi saya. Banyak kali dia tunjuk cara masak semasa dia datang ke India tengok saya. Hubby makan tambah tiga kali nasi lemak umi sebab sambal sedap katanya. Sebelum ini cara saya masak lain dan kurang sedap, ni demi memenuhi selera hubby, masak macam ini pula;
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
3 sudu besar cili boh(5-6 batang cili kering di kisar halus)
2 sudu besar ikan bilis
1/2 biji bawang besar-dihiris nipis
garam
gula
air secukupnya
Cara-cara:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan
2. Tumis dalam minyak panas sehingga kering
3. Campurkan cili boh, tumis sehingga kering juga
4. Goreng ikan bilis dalam minyak tumisan tadi dalam kuali sama.
5. Masukkan bawang besar yg dihiris nipis tadi
6. Tambahkan air, garam dan gula sehingga menepati rasa anda
Kalau dulu saya letakkan sekali halia, tapi umi saya cakap, kalau letak halia sambal jadi pahit. Tapi depends juga. Kalau ada yang suka letak halia sekali, boleh lah kisar 1/2 inci halia sekali bersama bawang tadi. =)
Setelah nasi dimasak dan sambal tersedia, rebus telur dan makan bersama timun dan kacang tanah goreng.
Untuk kami berdua, simple aja sebab kacang tanah dan timun tak ada dalam peti sejuk..^_^
Alhamdulillah..
Jalan-jalan cari makan..^_^
About Me
- Ummu Thana'
- Irbid, Jordan
- Bismillahirrahmanirrahim. I am a 24 year old Dentist,married to a lovely husband and now a full time housewife for approx. one year before I start working. Blog ini direka khas untuk saya berkongsi resipi-resipi yang diambil dari laman-laman masakan dari dalam dan luar negara,diubahsuai sedikit supaya mudah untuk dibuat.Cooking make easy.^_^.Hobi mengisi masa lapang.
Let's Talk Food
Followers
Powered by Blogger.
03:18
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment