Pie crust:
2 cawan tepung
100gm butter
secubit garam
4 sudu besar gula
5 sudu besar air sejuk
Lemon castard:
1/2 cawan castor sugar
1 sudu besar tepung
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air
secubit garam
1/2 biji lemon(diperah jus dan kulit di sagat)
2 biji kuning telur
Meringue topping:
2 biji putih telur
3 sudu besar castor sugar
Cara-cara:
1. Untuk membuat pie crust, butter di potong kiub kecil dan di ramas bersama tepung,garam dan gula sehingga menjadi crumbs. Pastikan anda hanya menggunakan hujung jari bagi mengelak adunan butter menjadi cair. Tambahkan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh. Simpan didalam peti sejuk selama 30-45 minit di dalam plastik.
2. Untuk membuat lemon custard, masak gula, air, tepung, tepung jagung, garam di atas api sederhana sehingga separa pekat. Pukul sedikit telur kuning dan masukkan di dalam adunan yang dimasak tadi. Masukkan lemon juice dan kulitnya yang telah disagat. Kacau sehingga adunan menjadi pekat seperti custard.
3. Untuk membuat meringue topping, pukul putih telur dan gula sehingga kembang dan tidak jatuh ditarik graviti bila bekas berisi telur diterbalikkan. Pastikan telur tidak dicemari oleh air atau kuning telur. Jika tidak, meringue tidak akan jadi.
4. Bakar pie crust terlebih dahulu pada suhu 150 degree celcius selama 20 minit atau sehingga warna bertukar perang. Pie crust akan mengecut sedikit dari size asal, jadi untuk mendapat bentuk yang menarik, tekapkan crust melebihi size loyang. Bagi mengelak pie crust mengembang berlebihan, anda mungkin boleh letakkan plastik berisi kacang di atas crust semasa membakarnya.
5. Tuangkan lemon custard dan letakkan meringue topping diatas. Bakar pada suhu sama sehingga meringue bertukar warna kepada keperangan. Lebih kurang 10 minit sahaja.
6. Siap dan sedia untuk dihidang. Enak dimakan ketika masih panas ataupun setelah disejukkan.
Hubby kata rasanya unik dan sedap!..selamat mencuba..=)
Jalan-jalan cari makan..^_^
About Me
- Ummu Thana'
- Irbid, Jordan
- Bismillahirrahmanirrahim. I am a 24 year old Dentist,married to a lovely husband and now a full time housewife for approx. one year before I start working. Blog ini direka khas untuk saya berkongsi resipi-resipi yang diambil dari laman-laman masakan dari dalam dan luar negara,diubahsuai sedikit supaya mudah untuk dibuat.Cooking make easy.^_^.Hobi mengisi masa lapang.
Let's Talk Food
Followers
Powered by Blogger.
08:03
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment