07:42

Introduction

Alhamdulillah, setelah 2-3 hari hubby bagi cadangan untuk buka blog sendiri berkaitan masakan, baru hari ini mood datang untuk benar-benar melakukannya. Saya memasak atas dasar minat dan untuk memenuhi permitaan hubby yang suka makan di rumah berbanding di luar. Jimat katanya. Sudah lebih dua tahun kami mendirikan rumahtangga,baru kini rasa semangat untuk buat blog dan saya rasa agak banyak juga resipi-resipi yang baru pertama kali saya cuba berilhamkan internet.Ditambah dengan resipi turun-temurun dari ahli keluarga. Alhamdulillah kebanyakkannya berjaya walaupun ada kadang-kadang itu rasanya lain from expectation. Memasak bagi saya adalah satu cara untuk meredakan tekanan. Memasak dengan penuh kasih-sayang dan bila hasilnya dihargai benar-benar memberi kepuasan buat diri. Terima kasih tidak terhingga buat hubby yang menjadi pengkritik setia saya dalam masakan selama ini. Memberi ruang kepada saya untuk sentiasa menaiktarafkan standard masakan saya. Sekali lagi, blog ini adalah sekadar untuk berkongsi dan mungkin menambah koleksi resipi masakan anda. Ada diantara resipi ini saya ambil bulat-bulat dari internet, dan ada yang saya ubahsuai sedikit mengikut bahan dan selera kami sekeluarga. Selamat mencuba!

0 comments: