11:51

Quadruple Chocolate Loaf Cake



Alhamdulillah. Hari ini ada tamu datang rumah. Nak lah masak special sedikit. Tengok internet website kegemaran Nigella.com, jumpa resipi kek ni. Terus rasa nak cuba. Nampak macam sedap.
Buat pun senang aje. Tak ada cara yang komplikated.

Saya adjust sedikit sebab tak ada sour cream. So saya ganti dengan susu segar. Instead of choc chips, saya ganti dengan chopped almond dan chopped cooking chocolate. So, here it is;

Bahan-bahan kek:
200 gm tepung
50gm cocoa powder
1/2 sudu teh baking soda
275gm gula kastor
175gm butter
2 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
100ml susu segar
125ml air panas(yg mendidih,bukan suam-suam kuku)
50gm chopped almond
50gm cooking choc chopped

Cara-cara:
1. Pukul butter, gula, telur sampai kembang
2. Masukkan esen vanilla
3. Tambahkan susu dan gaul sebati
4. Tambahkan tepung,baking soda dan cocoa powder, kacau sebati sampai fluffy
5. Tambahkan air panas sambil adunan dipukul perlahan
6. Masukkan choc dan almond
7. Bakar pada suhu 170 degrees selama 1 jam

Lepas kek siap dimasak, boleh mula untuk buat choc syrup untuk diletak dia atas kek seperti berikut;

Bahan-bahan choc syrup:
1 sudu besar cocoa powder
125ml air
100gm castor sugar

Cara-cara:
1. Masak kesemua bahan sehingga menjadi seperti caramel
2. Tuangkan atas kek yang telah dibakar tadi.
3. Taburkan hiasan diatas syrup ikut suka-saya letak chopped walnut sebab saya suka kacang..=)

03:18

Nasi Lemak

As for breakfast, teringin nak makan nasi lemak. Hopefully badan tak cepat naik dengan masakan yang pelbagai ni. Baru beberapa hari duduk sini, dah macam-macam masaknya.Kelmarin shopping barang-barang dapur dengan hubby di C-town, Arabella Mall. Tertarik dengan banyaknya pilihan di situ. siap ada ready made crust dengan puff pastry. Dalam kepala dah terfikir nak buat macam-macam. Tapi tak boleh tamak. Nanti bila betul-betul nak buat baru beli. Beli barang-barang basic pun dah banyak spend duit. Bezanya India(tempat saya study dulu) dengan di sini, kalau di India, nak beli barang dapur memang tak tengok harga. Berkenan terus ambil. Bayar je. Sekarang kena compare dan tengok mana yang paling murah. Kalau tak perlu tak boleh nak ambil. Hubby geleng kepala. He he he.





Nasi di atas cara nak buat dia sangat mudah. Kalau guna rice cooker lagi mudah. Campak semua bahan dan tunggu hingga masak. Kalau nak masak atas dapur pun ok, cumakena pastikan air tak kurang dan nasi tak mentah atau hangit. =).Ni resipi untuk dua org.

bahan-bahannya:

1 1/2 cawan beras
3 cawan air
1/2 cawan santan pekat
secubit garam
daun pandan
1/2 inci halia dihiris nipis-saya suka letak halia untuk lebih naik bau nasi lemak.





Nak buat sambal pula, ini resipi dari umi saya. Banyak kali dia tunjuk cara masak semasa dia datang ke India tengok saya. Hubby makan tambah tiga kali nasi lemak umi sebab sambal sedap katanya. Sebelum ini cara saya masak lain dan kurang sedap, ni demi memenuhi selera hubby, masak macam ini pula;

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
3 sudu besar cili boh(5-6 batang cili kering di kisar halus)
2 sudu besar ikan bilis
1/2 biji bawang besar-dihiris nipis
garam
gula
air secukupnya

Cara-cara:
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan
2. Tumis dalam minyak panas sehingga kering
3. Campurkan cili boh, tumis sehingga kering juga
4. Goreng ikan bilis dalam minyak tumisan tadi dalam kuali sama.
5. Masukkan bawang besar yg dihiris nipis tadi
6. Tambahkan air, garam dan gula sehingga menepati rasa anda

Kalau dulu saya letakkan sekali halia, tapi umi saya cakap, kalau letak halia sambal jadi pahit. Tapi depends juga. Kalau ada yang suka letak halia sekali, boleh lah kisar 1/2 inci halia sekali bersama bawang tadi. =)

Setelah nasi dimasak dan sambal tersedia, rebus telur dan makan bersama timun dan kacang tanah goreng.

Untuk kami berdua, simple aja sebab kacang tanah dan timun tak ada dalam peti sejuk..^_^





Alhamdulillah..

19:01

Chocolate Pie



Malam kelmarin untuk dessert, hubby minta buat pie lagi. Sebelum ini dah buat lemon pie, so kali ini nak cuba chocolate pie pula. Berilhamkan cik zakiah aka kia punya chocolate pie yg saya makan masa kenduri hari tu. Nyum..nyum..Basically bahan crust dan meringue di atas tu sama macam resipi lemon meringue pie. Yang berbeza cuma menyediakan chocolate custard seperti berikut;

4 sudu besar cocoa powder
3/4 cawan gula kastor
5 sudu besar tepung
secubit garam
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu teh vanilla esen
2 biji kuning telur

Cara-cara:

1. Masak cocoa, susu, tepung, garam, gula sehingga separa pekat
2. Pukul kuning telur sedikit,tambahkan vanilla esen dan tuangkan dalam campuran castard yang masak tadi.
3. Masak sehingga adunan menjadi pekat seperti kastard
4. Tuangkan di atas pie crust yang telah dimasak terlebih dahulu, letakkan meringue topping dan bakar pada suhu 150 degree celcius sehingga meringue bertukar warna perang.

Siap!..=)

11:26

Char kuey tiaw


Malam ni hubby teringin nak makan char kuey tiaw. Bahan-bahan asas ada dirumah. Cuma yg tidak ada sayur taugeh, daun bawang dan seafood. Tak apalah, guna apa yg ada janji rasa ada. Hasilnya alhamdulillah, hubby suka. So untuk mereka yang nak mencuba dengan bahan yang terhad,

1 mangkuk kuey tiaw
1 biji telur
3 ulas wabang putih-dicincang
3 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula
1 sudu teh pepper
3/4 cawan air

Cara-cara:
1.Tumis bawang putih dalam 3 sudu besar minyak panas
2. Campurkan kesemua bahan kuah dalam mangkuk kecil-sos cili,kicap,sos tiram,garam,gula,pepper
3. Masukkan sayur
4. Masukkan campuran sos dan air
5. Masukkan telur, goreng separa masak
6. Masukkan mee dan gaul sehingga rata.

Baca bismillah sblm makan..=)

08:03

Lemon Meringue Pie




Pie crust:

2 cawan tepung
100gm butter
secubit garam
4 sudu besar gula
5 sudu besar air sejuk


Lemon castard:

1/2 cawan castor sugar
1 sudu besar tepung
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air
secubit garam
1/2 biji lemon(diperah jus dan kulit di sagat)
2 biji kuning telur


Meringue topping:

2 biji putih telur
3 sudu besar castor sugar


Cara-cara:

1. Untuk membuat pie crust, butter di potong kiub kecil dan di ramas bersama tepung,garam dan gula sehingga menjadi crumbs. Pastikan anda hanya menggunakan hujung jari bagi mengelak adunan butter menjadi cair. Tambahkan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh. Simpan didalam peti sejuk selama 30-45 minit di dalam plastik.

2. Untuk membuat lemon custard, masak gula, air, tepung, tepung jagung, garam di atas api sederhana sehingga separa pekat. Pukul sedikit telur kuning dan masukkan di dalam adunan yang dimasak tadi. Masukkan lemon juice dan kulitnya yang telah disagat. Kacau sehingga adunan menjadi pekat seperti custard.

3. Untuk membuat meringue topping, pukul putih telur dan gula sehingga kembang dan tidak jatuh ditarik graviti bila bekas berisi telur diterbalikkan. Pastikan telur tidak dicemari oleh air atau kuning telur. Jika tidak, meringue tidak akan jadi.

4. Bakar pie crust terlebih dahulu pada suhu 150 degree celcius selama 20 minit atau sehingga warna bertukar perang. Pie crust akan mengecut sedikit dari size asal, jadi untuk mendapat bentuk yang menarik, tekapkan crust melebihi size loyang. Bagi mengelak pie crust mengembang berlebihan, anda mungkin boleh letakkan plastik berisi kacang di atas crust semasa membakarnya.

5. Tuangkan lemon custard dan letakkan meringue topping diatas. Bakar pada suhu sama sehingga meringue bertukar warna kepada keperangan. Lebih kurang 10 minit sahaja.

6. Siap dan sedia untuk dihidang. Enak dimakan ketika masih panas ataupun setelah disejukkan.

Hubby kata rasanya unik dan sedap!..selamat mencuba..=)

07:42

Introduction

Alhamdulillah, setelah 2-3 hari hubby bagi cadangan untuk buka blog sendiri berkaitan masakan, baru hari ini mood datang untuk benar-benar melakukannya. Saya memasak atas dasar minat dan untuk memenuhi permitaan hubby yang suka makan di rumah berbanding di luar. Jimat katanya. Sudah lebih dua tahun kami mendirikan rumahtangga,baru kini rasa semangat untuk buat blog dan saya rasa agak banyak juga resipi-resipi yang baru pertama kali saya cuba berilhamkan internet.Ditambah dengan resipi turun-temurun dari ahli keluarga. Alhamdulillah kebanyakkannya berjaya walaupun ada kadang-kadang itu rasanya lain from expectation. Memasak bagi saya adalah satu cara untuk meredakan tekanan. Memasak dengan penuh kasih-sayang dan bila hasilnya dihargai benar-benar memberi kepuasan buat diri. Terima kasih tidak terhingga buat hubby yang menjadi pengkritik setia saya dalam masakan selama ini. Memberi ruang kepada saya untuk sentiasa menaiktarafkan standard masakan saya. Sekali lagi, blog ini adalah sekadar untuk berkongsi dan mungkin menambah koleksi resipi masakan anda. Ada diantara resipi ini saya ambil bulat-bulat dari internet, dan ada yang saya ubahsuai sedikit mengikut bahan dan selera kami sekeluarga. Selamat mencuba!